|
Model rancang nikah 12.12.2012\rJAKARTA: Cynthiara Alona, model Indonesia yang pernah bergambar untuk majalah Playboy edisi Jepun dan Singapura, berikrar untuk tidak lagi beraksi seksi di majalah, mahupun filem yang akan dilakonkannya.\r\n\n\n\n\rBeliau mengambil keputusan berkenaan selepas menerima lamaran seorang pelakon muda, Guntur Triyoga sebagai calon isterinya.\r\r\n\n\n\n\n“Saya ingin orang di sekeliling saya berasa selesa. Tanpa gambar berahi atau adegan ranjang, saya masih boleh mencari rezeki,” kata wanita kelahiran Aceh ini, selepas upacara meminang dan bertukar cincin di Tangerang, baru-baru ini.\rAlona dan Guntur juga mengesahkan bahawa mereka serius dalam hubungan yang dijalin selepas lamaran rasmi dibuat.\r“Keluarga kedua-dua belah pihak sudah bertemu. Saya amat gembira dengan hubungan yang dijalinkan dan lebih gembira jika dapat mengenali keluarganya, begitu juga keluarga saya,” katanya.\rAlona berkata beliau dan Triyoga bercadang bernikah tahun depan, iaitu pada 12 Disember 2012 kerana menganggapnya satu tarikh yang unik.\r\n\n\n\n\rAlona berkata usia Guntur dua tahun lebih muda daripadanya tetapi mengakui ia bukan suatu masalah.\r“Bagaimanapun, Guntur memiliki semua ciri lelaki yang matang dan memahami kerjaya saya selepas kegagalan yang saya alami,” kata pelakon filem Diperkosa Setan itu. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|