View: 142|Reply: 0
|
SDP naik gaji pekerja ladang, kilang
[Copy link]
|
|
SIME Darby Plantation Sdn Bhd (SDP), anak syarikat perladangan konglomerat utama Malaysia, Sime Darby Bhd (Sime Darby) menaikkan gaji 37,000 pekerja ladang dan kilangnya di seluruh negara dengan setiap seorang mendapat ganjaran tambahan RM200 sebulan mulai 1 Julai ini.\rKenaikan gaji pada kadar 20 peratus hingga 30 peratus secara serentak itu sesuatu yang belum pernah dilaksanakannya.\r\n\n\n\n\rIa antara langkah baru yang diambil syarikat perladangan sawit terbesar dunia itu untuk meningkatkan kualiti hidup pekerja ladang serta menarik minat pekerja tempatan menceburi industri itu.\r\r\n\n\n\n\nSelain itu, SDP turut mengumumkan usaha menaik taraf kediaman dan kemudahan untuk pekerja ladang dan kilang di negara ini melalui inisiatif Kompleks Perumahan Pusat (CHC) yang menyediakan kemudahan dan kediaman yang beroperasi secara berpusat.\rPresiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Mohd Bakke Salleh, berkata ganjaran tambahan yang diberikan kepada pekerja bawahan itu, bergantung kepada garis panduan dalaman yang perlu dipatuhi pekerja seperti kedatangan, disiplin dan produktiviti.\rKatanya, ia akan membolehkan pekerja ladang yang kini berpendapatan antara RM850 dan RM900 sebulan akan menikmati gaji antara RM1,100 hingga RM1,200, sekali gus meningkatkan kemampuan mereka untuk berbelanja.\r“Sime Darby memutuskan untuk menjadi peneraju dalam meningkatkan kualiti kehidupan pekerja ladang kumpulan ini serta mengiktiraf sumbangan mereka terutama dalam persekitaran harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kini,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamani dan Naib Presiden Eksekutif Sime Darby Plantation, Franki Anthony Dass.\rDifahamkan, ganjaran tambahan itu adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pengurusan Sime Darby sebelum ini yang ingin melihat gaji pekerja ladang meningkat, sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka. \rMohd Bakke berkata, pemberian ganjaran tambahan itu akan menyebabkan SDP terpaksa membelanjakan antara RM120 juta hingga RM130 juta setahun, tetapi ia ditampung oleh kenaikan harga MSM yang kini purata RM2,800 satu tan.\rBeliau berkata, struktur gaji asas sebanyak RM350 pada masa ini dibuat pada 2005 yang ketika itu margin keuntungan adalah rendah dan harga MSM purata RM1,400 satu tan.\r“Kini, kita bertuah kerana kenaikan ketara harga MSM. Selain itu, saya yakin ganjaran tambahan yang diberikan SDP akan diterjemahkan oleh pekerja dan kakitangan kami melalui peningkatan produktiviti,” katanya.\rMengenai usaha menaik taraf kediaman dan kemudahan pekerja ladang dan kilang pula, Mohd Bakke, berkata ia membabitkan perbelanjaan antara RM30 juta dan RM35 juta untuk setiap ladang dengan pelancaran rasmi CHC akan dilaksanakan pada akhir tahun ini.\rSementara itu, Dr Subramaniam berharap majikan ladang lain mengikuti contoh yang dilakukan SDP dengan mengkaji semula sistem ganjaran yang mereka patuhi dan membuat perubahan untuk membayar ganjaran tambahan kepada pekerja mereka.\r“Kementerian akan bincang dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ladang lain supaya mereka boleh mengambil iktibar dengan mencontohi SDP,” katanya sambil menjelaskan kementeriannya akan membentangkan Akta Majlis Konsultasi Gaji Minimum dalam sesi Parlimen akan datang dan mengumumkan gaji minimum kebangsaan sebelum hujung tahun ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|