View: 186|Reply: 0
|
Hartanah RM2.52b di Cyberjaya
[Copy link]
|
|
CYBERVIEW Sdn Bhd sudah memiliki perancangan pembangunan di Cyberjaya bernilai RM2.52 bilion sejak Januari lalu, yang diraih menerusi jualan tanah enterpris, komersial, institusi dan ruang kediaman.\rJumlah berkenaan dijangka terus meningkatkan menjelang hujung tahun ini, sekali gus melepasi nilai pembangunan menerusi pelaburan RM3.34 bilion yang dicatatkan tahun lalu. \r\n\n\n\n\r Ia mewakili satu pertiga daripada nilai pelaburan keseluruhan semasa pemaju bandar raya siber Cyberjaya itu.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Urusannya, Ir Hafidz Hashim, berkata nilai memberangsangkan yang dijangka terus diterima Cyberjaya akan disumbangkan secara terus oleh usaha menjadikan bandar raya siber itu destinasi pelaburan utama di negara ini.\rIa sejajar dengan wawasan kerajaan menjadikannya pusat utama penyumberan luar negara bagi bidang teknologi maklumat, multimedia dan perkongsian perkhidmatan.\r“Terdapat petunjuk jelas bahawa pelaburan adalah penting bagi menggariskan Model Ekonomi Baru dan Program Transformasi Ekonomi dalam membangunkan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.\r“Sejak beberapa tahun lalu, Cyberview telah memenuhi jangkaan itu dengan meletakkan infrastruktur kukuh di tempatnya dan kini kami meraih manfaatnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.\r\n\n\n\n\rHafidz berkata, bagi empat tahun ini, beberapa pemaju akan membangunkan sehingga 4,939 unit pelbagai jenis hartanah di Cyberjaya yang merangkumi 3,030 unit pangsapuri, 1,113 unit kediaman atas tanah, 774 unit rumah pejabat (SOHO) dan 22 unit townhouse.\r“Cabaran bagi Cyberview ialah untuk memastikan pertumbuhan fizikal Cyberjaya kekal mapan dan menarik. Di sebalik kemasukan besar-besaran projek dan pelaburan baru oleh pemaju utama, terdapat kira-kira 800 hektar tanah lagi belum diteroka dan kami telah merangka strategi supaya sebahagian besar tanah itu akan dimajukan secara seimbang,” katanya.\rBeliau menambah, Cyberview turut melihat potensi Cyberjaya memainkan peranan besar dalam kemajuan rancangan pembangunan Greater KL meskipun bandar raya pintar itu tidak mempunyai peruntukan khusus dalam rangka kerja rasmi projek itu.\r“Cyberview sedang mengambil langkah proaktif untuk menarik pemaju besar mengembangkan Cyberjaya sebagai destinasi utama seterusnya projek kediaman. Dengan adanya akses mudah ke Kuala Lumpur dan kawasan sekitar, bandar raya ini dijangka mempunyai 35,000 penduduk menjelang 2014,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|