CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Pesara tawar bersih loji Fukushima

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Jepun belum putuskan terima cadangan ‘misi bunuh diri’TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai masa depan yang baik dalam beberapa tahun mendatang. \rMalah dengan usianya sekarang, beliau tidak bimbang  risiko yang mungkin dihadapi dengan bekerja membersihkan loji nuklear Fukushima  yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami.\r\n\n\n\n\r  “Saya akan mati dulu sebelum barah menyerang saya,” kata Yamada yang mengumpulkan lebih 270 pesara dan pekerja tua yang tidak sabar untuk  berkhidmat di kawasan yang paling teruk terjejas akibat kerosakan loji nuklear di dunia sejak Chernobyl.\r\r\n\n\n\n\n  Yamada yang pernah berkhidmat selama 28 tahun di Sumitomo Metal Industries, berkata kerja membersihkan Fukushima masih terlalu kelam kabut, sukar amat wajar diserahkan kepada pengendalinya Tokyo Electric Power.\rBeliau mahu melihat kerajaan Jepun mengambil alih tugas di Fukushima dengan kumpulannya yang dipenuhi sukarela dengan kepakaran dalam bidang kejuruteraan am dan pembinaan, sedia berkhidmat tanpa bayaran seperti Palang Merah.\rPegawai kerajaan Jepun secara asasnya masih membisu mengenai cadangan yang dikemukakan.\rPembantu Perdana Menteri Naoto Kan, Goshi Hosono tidak menerima kumpulan sukarela Yamada sebagai kumpulan bunuh diri.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun dalam mesyuarat akhir Mei di ibu pejabat TEPCO, Hosono nampaknya lebih bersedia menerima cadangan di tengah kebimbangan mengenai risiko kesihatan pekerja muda yang sudah berada di Fukushima.\rTiga pekerja yang tidak dikenali rebah di Fukushima berikutan kepanasan melampau hujung minggu lalu di loji itu.   dua pekerja loji itu sudah melepasi paras yang ditetapkan kerajaan untuk pendedahan radiasi,  meletakkan mereka berisiko tinggi dijangkiti barah.\r“Masalahnya ialah kumpulan pertama pekerja datang kerana wang dan mereka tidak mampu membantah sebarang syarat,” kata Yamada yang mengendalikan projeknya dari pejabat kecil di atas kedai pendandan yang hanya terletak jarak berjalan kaki ke ibu pejabat TEPCO.    –  Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.081589 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list