View: 209|Reply: 0
|
Kekasih bekas suami tunda siar aksi bogel J-Lo
[Copy link]
|
|
LOS ANGELES: Selebriti terkenal Amerika Syarikat, Jennifer Lopez berjaya menyekat bekas suaminya daripada menjual video rakaman sendiri menunjukkan aksi bogelnya selama 20 minit sekali gus menangguhkannya daripada didedahkan kepada umum buat masa ini.\rBekas suaminya, Ojani Noa, sebelum ini diberitakan menjual rakaman itu kepada teman wanitanya, Claudia Vazquez dengan harga AS$1 (RM3.01) bertujuan membolehkan aksi itu ditonton umum.\r\n\n\n\n\r Tetapi, peguam Vazquez, Cris Armenta memberitahu semalam bahawa rancangan untuk membenarkan pita itu ditonton kini ditangguhkan.\r\r\n\n\n\n\n “Vazquez akan menghormati arahan mahkamah,” kata Armenta, merujuk kepada injunksi terhadap Noa.\r“Matlamat utama Vazquez ialah bekerja dalam industri ini sebagai produser dan akan terus berbuat demikian.\r“Kami harap Lopez juga akan mematuhi arahan mahkamah dan tidak cuba campur tangan untuk mengganggu haknya dalam pembuatan filem.”\rFilem Vazquez itu dikatakan akan mengambil beberapa aksi rakaman itu selain meliputi kemunculan dan kejayaan Lopez hingga menjadi terkenal dengan panggilan J-Lo dan perkahwinannya dengan Noa.\r\n\n\n\n\rLopez yang juga juri rancangan realiti American Idol berjaya membuat hujah menyekat pengedaran video itu atas alasan Noa membuat rakaman melanggar perjanjian sulit yang ditandatanganinya selepas bercerai dengan bintang itu beberapa tahun lalu. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|