View: 184|Reply: 0
|
Pesakit telan ikan hidup-hidup
[Copy link]
|
|
Penghidap asma serbu Hyderabad setiap tahun dapatkan ubat ikut kaedah pelikHYDERABAD: Beribu-ribu penghidap asma percaya dapat mengubat penyakit mereka menggunakan pendekatan luar biasa iaitu menelan ikan mengandungi herba rahsia secara hidup-hidup.\rPenghidap lelah itu sanggup datang ke kota Hyderabad di selatan India dan berbaris panjang untuk menjalani perubatan itu yang diberi oleh keluarga Goud.\r\n\n\n\nFenomena itu hanya berlaku pada bulan Jun setiap tahun kerana hari rawatan berkenaan ditentukan oleh tukang tilik nasib.\r\rKeluarga Goud mendakwa, mereka memperoleh formula rahsia itu daripada seorang sami Hindu 170 tahun lalu dan menolak permintaan doktor untuk mendedahkan kandungan herba berkenaan atas alasan keberkesanan rawatan akan terjejas jika ia dikomersialkan.\r\n\n\n\n\n\rSelepas menelan ikan bercampur herba itu hidup-hidup, penghidap asma terbabit akan memulakan diet makanan yang khusus selama 45 hari.\rDiet itu membabitkan 25 jenis makanan berbeza termasuk daging kambing, nasi, gula, buah mangga kering dan bayam. \rMereka juga perlu mengelak daripada makan makanan yang digoreng serta mengulangi pendekatan rawatan itu dalam tempoh dua tahun.\rCara rawatan ikan itu bagaimanapun dikecam oleh saintis, doktor dan pertubuhan tempatan yang menyifatkannya tidak ada nilai ubat selain bukti saintifik mengenai keberkesanannya namun, dinafikan ahli keluarga terbabit.\r“Ada kajian membuktikan kaedah rawatan kami tiada salah dan berdasarkan pendekatan tradisi,” kata Harinath Goud. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|