CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

Kebakaran ancam 3 bandar di Arizona

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
1,550 km persegi hutan hangus, 21,000 penduduk lariPHOENIX: Kebakaran hutan di Arizona dipercayai berpunca daripada kecuaian sekumpulan penduduk yang berkhemah terus marak buat hari ke-11 kelmarin, memaksa beribu-ribu penduduk lari selain menyebabkan sebuah bandar hangus dan kawasan hutan pokok pain seluas 1,550 kilometer (km) persegi rentung.\rKebakaran itu adalah yang kedua terburuk dalam sejarah Arizona membabitkan pusat percutian pergunungan Greer yang dikosongkan beberapa hari sebelum api tiba, kata pegawai kepada wartawan di bandar berdekatan, Springerville.\r\n\n\n\n\rPegawai bomba, Kapten Jim Wilkins, berkata masih terlalu awal untuk menyatakan berapa banyak daripada beratus-ratus kediaman yang musnah tetapi menyatakan:\r\r\n\n\n\n\n“Kami tahu kebakaran itu membakar hangus sebahagian besar kawasan berkenaan.” \rAwalnya, pihak berkuasa mengarahkan semua penduduk Springerville dan Eager berpindah. \rDua bandar itu yang berdekatan sempadan New Mexico mempunyai 8,000 penduduk.\rSelain itu, seramai 2,000 lagi penduduk sudah diarah keluar dari kawasan berkenaan sejak dua hari lalu tetapi ada yang dibenarkan tinggal buat sementara.\r\n\n\n\n\rSekurang-kurangnya 11,000 lagi penduduk sudah dipindahkan dari kawasan White Mountains, sebuah tempat percutian popular bagi warga Arizona yang mahu mengelak daripada cuaca panas, selepas api mula merebak 29 Mei lalu.\rKebakaran itu belum dapat dipadamkan 2,000 anggota bomba tetapi tiada penduduk yang maut atau cedera setakat ini manakala kerugian struktur hanya membabitkan 11 bangunan, empat daripadanya kabin, kata pegawai.\rPegawai New Mexico juga melakukan persediaan menghadapi kebakaran itu yang kini sejauh lebih satu kilometer dari negeri itu.\rAngin yang membantu api merebak dijangka kembali menjadi faktor besar menyukarkan kebakaran dipadamkan kerana diramal mencapai kelajuan 68 kilometer sejam lewat kelmarin.\r“Kebakaran ini amat besar dan kuat. Kami belum dapat mengawalnya,” kata pegawai penerangan, Brenyn Lohmoelder.\rAnggota bomba turut terancam kerana api boleh tiba-tiba marak kerana daun pokok yang masih terbakar dibawa angin ke kawasan baru, kata pegawai bomba, Jim Whittington. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056327 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list