CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Naza perkenal hibrid diesel

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Model Peugoet 3008 HYbrid4  akan masuk pasaran negara tahun ini\rPASARAN automotif tempatan dijangka akan terus rancak sepanjang tahun ini dengan pengenalan beberapa lagi barisan model terkini pada separuh kedua ini.\r\n\n\n\n\r  Terbaru, Nasim Sdn Bhd akan membawa masuk Peugoet 3008 HYbrid4, kereta hibrid diesel sepenuhnya yang pertama di dunia untuk dipasarkan di Malaysia. \r\r\n\n\n\n\n  Model itu adalah satu daripada dua model terbaru Peugeot yang bakal diperkenalkan pengedar rasmi jenama itu di Malaysia itu sebelum akhir tahun ini. \rSatu lagi model yang akan dibawa masuk syarikat itu adalah kenderaan sedan eksekutif mewah atau lebih dikenali sebagai segmen D yang mana ia akan bersaing dengan beberapa model ternama yang sudah kukuh di kalangan pengguna Malaysia, iaitu Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Teana dan Sonata 2.0.  \rPenolong Pengurus Besar Nasim, Mohamed Yasser Awan, berkata  kedua-dua model berkenaan dibawa masuk khusus untuk merancakkan lagi pasaran automotif tempatan.\rKatanya, dengan pengenalan model seperti 3008 HYbrid4 yang menawarkan penjimatan bahan api menakjubkan tanpa mengabaikan kuasa, ia dijangka mampu menarik minat pengguna untuk memilikinya.\r\n\n\n\n\rBagi merealisasikan pengenalan model itu di pasaran tempatan, katanya, pihaknya bersama dengan Automobiles Peugeot kini sedang melaksanakan kajian daya maju berhubung keupayaan 3008 HYbrid4 beroperasi di Malaysia.\r“Nasim dan Automobiles Peugeot kini sedang menguji kenderaan tersebut bagi memastikan ia mampu beroperasi dengan baik menggunakan diesel Euro 2M yang dipasarkan di Malaysia. \r“Setakat ini hasil ujian adalah positif. Namun masih ada beberapa ujian masih belum selesai. \r“Namun, sekiranya tiada masalah, kami menjangka model 3008 HYbrid4 boleh diperkenalkan di Malaysia menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam temubual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rDifahamkan, model 3008 HYbrid4 dijangka dipasarkan Nasim dengan harga yang amat kompetitif.\rModel 3008 Hybrid4 menggunakan enjin 2.0 liter diesel yang digabungkan bersama motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 200hp dan 500Nm tork. \rIa turut menampilkan empat mod berbeza termasuk pelepasan asap sifar, pacuan empat roda serta fungsi mula dan berhenti, yang enjin diesel akan diletakkan dalam keadaan bersedia apabila kenderaan tidak bergerak. \rSementara itu, penganalisis sektor automotif ketika dihubungi mengulas perkembangan itu berkata, peningkatan pengenalan model baru, khususnya membabitkan model hybrid adalah susulan langkah kerajaan dalam memperkenalkan beberapa insentif cukai, termasuk pengecualian penuh cukai import dan eksais untuk kereta hibrid, sebagai usaha untuk terus merangsang pasaran automotif tempatan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.068051 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list