View: 152|Reply: 0
|
Stok minyak sawit Mei meningkat
[Copy link]
|
|
STOK minyak sawit Malaysia pada Mei meningkat sebanyak 14.8 peratus kepada 1.918 juta tan daripada 1.671 juta ton pada April.\rLembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam satu kenyataan berkata, stok minyak sawit mentah (MSM) pada Mei meningkat 14.1 peratus bulan ke bulan kepada 1.076 juta tan manakala minyak sawit diproses naik 15.69 peratus kepada 841,415 tan.\r\n\n\n\n\r Ia berkata, stok isirung sawit meningkat sebanyak 9.35 peratus kepada 158,595 tan dan stok minyak isirung sawit mentah naik 4.15 peratus kepada 136,632 tan.\r\r\n\n\n\n\n Stok minyak isirung sawit diproses naik 3.91 peratus kepada 112,400 tan manakala dedak isirung sawit meningkat sebanyak 27.65 peratus kepada 353,426 tan.\rMPOB berkata, pengeluaran MSM pada Mei meningkat 13.74 peratus bulan ke bulan kepada 1.740 juta tan daripada 1.529 juta tan pada April.\rEksport minyak sawit pada Mei meningkat sebanyak 4.27 peratus kepada 1.402 juta tan berbanding 1.344 juta tan pada April, dan minyak isirung sawit turun sebanyak 14.70 peratus kepada 83,120 tan.\rMPOB berkata eksport dedak isirung sawit meningkat sebanyak 29.03 peratus kepada 174,457 tan manakala eksport oleokimia naik 5.99 peratus kepada 181,262 tan.\r\n\n\n\n\rIa berkata, import MSM pada Mei meningkat sebanyak 52.82 peratus kepada 91,541 tan, manakala minyak sawit diproses melonjak 67.18 peratus kepada 105,976 tan. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|