CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Bursa Mingguan: Potensi ETP kukuh FBM KLCI

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pengumuman perkembangan terbaru rangsang pasaran tempatan\rPASARAN saham tempatan kekal lengang minggu lalu berikutan kekurangan penyertaan pelabur institusi dan runcit.\r\n\n\n\n\r  Kelembapan pasaran ditokok berita luaran negatif akibat penilaian muram ekonomi Amerika Syarikat (AS) oleh Pengerusi Rizab Persekutuan dan kebimbangan perlunya semakan kadar faedah bagi menangani peningkatan inflasi di rantau ini.\r\r\n\n\n\n\n  Kesannya, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menurun 3.66 mata atau 0.23 peratus minggu lalu untuk berada pada 1,556.19 mata berikutan kerugian Axiata (-16 sen), Tenaga (-18 sen), dan Petronas Kimia (-13 sen) mengatasi keuntungan CIMB (+7 sen), Genting Bhd (+12 sen) dan Maybank (+6 sen).\rPurata jumlah dagangan harian dan nilainya menyusut kepada masing-masing 734.7 juta saham dan RM1.32 bilion berbanding 814.3 juta saham dan RM1.95 bilion minggu sebelumnya.\rSeluruh dunia kini ketakutan dengan prospek pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan peningkatan  inflasi yang menaikkan kos.\rMenambah kepada kebimbangan itu ialah krisis hutang berpanjangan di Eropah dan kesan ketegangan di Asia Barat ke atas harga minyak.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, tidak semuanya buruk bulan ini kerana bantuan untuk krisis hutang Greek mungkin muncul sebelum Sidang Kemuncak Eropah pada 23 dan 24 Jun.\rDi AS pula, pengakuan Pengerusi Rizab Persekutuan berhubung pertumbuhan ekonomi AS yang perlahan dan mengecewakan serta perlunya pelonggaran kewangan untuk membantu pertumbuhan akan mengukuhkan lagi ringgit berbanding dolar.\rSementara prospek ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS baik untuk FBM KLCI berdasarkan arah aliran bersejarah, ada juga alasan lain bagi pelabur untuk bersikap positif terhadap pasaran tempatan.\rUsaha kerajaan untuk memacu pengembangan ekonomi domestik yang kini semakin menonjol menjadi faktor tambah untuk menangani kekurangan permintaan luaran.\rPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan memberikan perkembangan terkini berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) petang ini.\rSetiap perkembangan terkini yang berpotensi ke atas ETP akan memberikan kesan positif kepada indeks.\rDaripada 12 Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (NKEA) yang dinyatakan sebelum ini, peranan dimainkan Petronas dalam sektor minyak dan gas (O&G) untuk memacu pelaburan dalam inisiatif dipacu sektor swasta adalah sangat penting.\rJusteru, sektor berkenaan terus menjadi pilihan dan pelabur dinasihatkan untuk mengikutinya walaupun momentum perdagangan agak lemah di keseluruhan pasaran.\rBagi tinjauan teknikal, petunjuk stochastics harian perlahan untuk KLCI kembali ke daerah neutral menandakan pengurangan momentum menaik tetapi petunjuk mingguan terus naik untuk menguji garis terlebih beli.\rIndeks Kekukuhan Relatif (RSI) 14 hari terkait ke atas ke tahap 60 berikutan lantunan Jumaat lalu, tapi RSI 14 minggu terkait ke bawah untuk mengisyaratkan momentum yang lemah.\rKesimpulannya, isyarat yang bercanggah daripada petunjuk teknikal mencadangkan kekuatan  indeks baru-baru ini boleh bertahan.\rPeningkatan momentum perdagangan yang ketara terhadap isyarat kembalinya pelabur daripada cuti sekolah membolehkan pengukuhan itu bertahan selama seminggu lagi.\rPelabur perlu perhatikan mana-mana pemangkin tempatan untuk meningkatkan sentimen, seperti maklumat terkini berhubung ETP yang diumumkan Perdana Menteri petang ini.\rDi kalangan saham mewah, Air Asia, AMMB, CIMB, Genting Bhd dan Tenaga dijangka mengatasi prestasi pasaran secara keseluruhannya, manakala saham murah, E&O, Muhibbah Engineering, Kencana Petroleum, Perisai Petroleum dan Petra Perdana harus menarik minat pembelian pada setiap pembetulan pasaran.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045940 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list