CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

KUB sasar pendapatan RM1b

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat agresif atur strategi, bida projek baru capai pertumbuhan mapan   \rKUB Malaysia Bhd (KUB) akan melaksanakan beberapa strategi agresif dan tersusun bagi meningkatkan pendapatannya kepada lebih RM1 bilion, mulai tahun depan.\r\n\n\n\n\r  Ia termasuk memperkukuhkan perniagaan terasnya, terutama pembinaan dengan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran kumpulan itu dalam pembekalan Sistem Binaan Berindustri (IBS), pengurusan bangunan dan penyelenggaraan dalam pelaksanaan projek baru dan yang akan datang.\r\r\n\n\n\n\n  Syarikat itu juga turut giat membida beberapa projek dalam industri teknologi maklumat (IT) serta minyak dan gas serta membida bagi lesen operator rangkaian televisyen digital (DTT) pertama negara.\rDi samping itu, ia juga sudah disenarai pendek bagi mengambil alih unit perniagaan gas petroleum cecair (LPG) milik Royal Dutch Shell (Shell) di Semenanjung; membida bagi membina hospital pakar kanak-kanak di Cheras dan juga bagi sebahagian kerja pembinaan Terminal Penerbangan Kos Rendah yang baru atau KLIA 2.\rKeseluruhan projek yang dibida KUB itu dianggarkan bernilai lebih RM8 bilion.\rPengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Mohd Nazar Samad, berkata menerusi pelaksanaan strategi berkenaan, ia dijangkakan mampu merealisasikan matlamat kumpulan untuk mencapai pertumbuhan konsisten dan mapan dalam prestasi kewangan masa depannya.\r\n\n\n\n\r“KUB menerusi Metropolitan Commuter Network Sdn Bhd (MCN), iaitu syarikat usaha samanya dengan Malaysia Steel Works (KL) Bhd, sudah pun memperoleh projek pembinaan landasan kereta api di Johor yang mana ia dijangkakan mampu memberikan pendapatan berulang yang konsisten kepada kumpulan menerusi aktiviti pembekalan bahan IBS.\r“Namun, kami tidak akan duduk diam dan hanya bergantung kepada projek itu. Kami kini turut giat mengukuhkan bidang perniagaan ICT dengan membida lesen untuk menjadi operator rangkaian televisyen digital (DTT) selain turut disenarai pendek oleh Shell bagi mengambilalih perniagaan LPG mereka di Semenanjung,” katanya dalam taklimat media di Kuala Lumpur semalam.\rMohd Nazar berkata, KUB melihat prospeknya untuk memenangi bidaan menjadi operator DTT dan mengambil alih unit perniagaan LPG Shell amat cerah, bersandarkan kepada kepakaran, pengalaman dan ketersediaan teknologi dan kelengkapan yang dimilikinya dalam dua industri berkenaan.\r“Sejak 2004, KUB   terbabit dalam aktiviti penyiaran digital ini yang mana kami sebelum ini mendapat kontrak bagi menukar sistem penyebaran Radio & Televisyen Malaysia (RTM) daripada analog kepada digital.  \r“Dalam aktiviti LPG pula, kami turut memiliki kepakaran dan pengalaman dalam penyediaan perkhidmatan pembekalan bahan itu kepada pengguna domestik dan industri dengan penguasaan pasaran sebanyak 12 peratus.\r“Berdasarkan kepada kelebihan ini dan ditambah dengan maklum balas positif yang diperoleh daripada kerajaan dan Shell sendiri, kami yakin berada dalam landasan kukuh untuk memenangi bidaan berkenaan,” katanya sambil menambah pemberian lesen operator DTT itu dijangka diumumkan kerajaan dalam tempoh tiga bulan lagi, sementara Shell   akan mengumumkan pemenang bidaan unit LPG perniagaannya itu dalam tempoh terdekat.\rBagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, KUB mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM22.3 juta, jatuh 72 peratus daripada RM80.2 juta yang direkodkan tahun sebelumnya. Pendapatannya pula merosot lapan peratus kepada RM796 juta daripada RM868 juta.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.180187 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list