CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

China guna alat intip kenderaan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pemeriksaan kereta Hong Kong sahkan taktik keselamatan Beijing\rHONG KONG: China memasang peralatan mengintip terhadap semua kenderaan nombor plat berkembar China-Hong Kong yang membantu Beijing mewujudkan rangkaian luas mencuri dengar di seluruh kepulauan terbabit sejak beberapa tahun lalu.\r\n\n\n\n\r   Laporan akhbar Apple  Daily menyebut bahawa peralatan merakam itu mula dipasang sebagai ‘kad kuarantin dan pemeriksaan’ pada Julai 2007. Ia dipasang tanpa  bayaran oleh Biro Kuarantin dan Pemeriksaan Shenzhen terhadap beribu-ribu kenderaan.\r\r\n\n\n\n\n   Penyeludup adalah kumpulan pertama menyedari sesuatu pelik mengenai alat itu. Satu sumber memberitahu Apple Daily bahawa selepas kad itu dipasang pihak berkuasa tanah besar tidak mempunyai masalah untuk menahan kereta yang membawa barangan haram.\r“Bagi setiap 10 kereta yang kami kendalikan, kami hanya letak barangan seludup dalam tiga atau empat kenderaan bagi mengurangkan risiko,  tetapi ejen sempadan menahan semuanya. Ketepatan seperti itu tidak munasabah!” lapor Apple Daily yang memetik penyeludup.\rPeralatan itu, lebih kecil daripada sebuah PDA dan dilekatkan pada tingkap hadapan kenderaan. Pita pelindung menutup skru, bagi menghalang ia dikesan.\rTetapi, Apple Daily mengalihkan peralatan itu dan membawanya kepada pakar untuk pemeriksaan sebelum menunjukkan gambar alat dan komponen rakaman berkenaan pada web.\r\n\n\n\n\rApple Daily  memberi alat itu kepada seorang profesor universiti dan penyiasat peribadi yang memberi keterangan menyokong potensi unit terbabit melakukan intipan.\rZhang Dawei dikenali sebagai seorang penyiasat selama lebih 30 tahun melihat peralatan dalam struktur dalaman dan memberitahu akhbar itu bahawa alat berkenaan boleh digunakan untuk mencuri dengar.\rSeorang profesor madya kejuruteraan elektrik di City University Hong Kong, Zheng Liming, membuka alat itu dan mengesahkan bahawa ia boleh mendengar perbualan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.269374 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list