CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Minta Perak Transit tambah bas selepas 7.30 malam

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA adalah pelajar  kolej swasta di Ipoh, Perak, sering berulang-alik antara kawasan kediaman di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Ipoh sekurang-kurangnya dua kali sebulan.\rSetiap kali berulang-alik saya  menggunakan perkhidmatan bas henti-henti laluan Ipoh-Kuala Kangsar dan sebaliknya antara stesen kereta api Ipoh dan asrama dan sebaliknya, disebabkan tambang  bas henti-henti jauh lebih murah berbanding  teksi.\r\n\n\n\n\r  Saya ingin mengutarakan masalah kekurangan perkhidmatan bas henti-henti, bagi laluan yang dinyatakan, terutamanya bas Perak Transit. Antara jam 7 petang hingga 8.30 malam, hanya tiga bas Perak Transit disediakan bagi laluan Ipoh-Kuala Kangsar, iaitu bas pertama  jam 7 petang, bas kedua jam 7.30 petang dan bas terakhir jam 8.30 malam.\r\r\n\n\n\n\n  Bas henti-henti syarikat lain tamat operasinya pada jam 6.30 petang. Keadaan ini amat menyukarkan penumpang untuk menggunakan perkhidmatan itu terutama pada hari minggu.\rSetiap kali saya sampai ke Ipoh  jam 7.10 petang Ahad, saya sepatutnya boleh menaiki bas jam 7.30 petang untuk balik ke asrama, tetapi  bas jam 7.30 petang  sangat sesak sehingga tiada ruang untuk penumpang lain.\rJika bas jam 7.30 petang  sesak bagaikan tin sardin, saya dan penumpang lain terpaksa menunggu satu jam lagi untuk menaiki bas terakhir jam 8.30 malam. Saya minta penyedia perkhidmatan bas laluan Ipoh-Kuala Kangsar, terutamanya Perak Transit menambah satu atau dua bas lagi antara jam 7 petang hingga 8.30 malam, supaya dapat menampung penumpang yang terlalu ramai, terutamanya bas jam 7.30 petang.\rHEMARAJ,\r\n\n\n\nNibong Tebal, Pulau Pinang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041818 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list