CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Pandu ‘gen Y’ aktif secara positif bangunkan negara

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Perbanyak program  tingkat daya saing  orang muda\rGOLONGAN belia merujuk mereka berumur antara 15 hingga 40 tahun dan kini mereka dilabel sebagai generasi Y atau gen Y, yang bakal memikul serta meneruskan tanggungjawab memastikan kelangsungan negara dalam apa juga aspek.\r\n\n\n\n\r  Oleh itu, biasa kita mendengar harapan tinggi diletakkan di bahu gen Y kerana mereka tonggak kekuatan hari ini dan pewaris kepemimpinan masa depan negara. Kenyataan ini akan terus kita dengar.\r\r\n\n\n\n\n  Saya tertarik untuk bercerita mengenai golongan muda ini kerana hati begitu terkesan mendengar khutbah Jumaat bertajuk Belia Beriman Membina Negara yang sekali gus mengiktiraf belia sebagai aset amat berharga.\rSiapa yang tidak bangga jika diri mereka sentiasa diingati dan dianggap penting. Justeru, sewajarnya belia yang dianggarkan seramai 41.5 peratus atau 11.9 juta daripada keseluruhan 28 juta penduduk negara memikirkan perkara ini.\rApakah mereka mahu menafikan kepercayaan tinggi dan pengharapan yang diberikan kepada mereka dengan menimbulkan perkara kurang baik atau menjuruskan diri ke lembah yang hanya akan merosakkan diri sendiri.\rBukan bermakna kita semua perlu menjadi wira yang menonjol kerana mahu atau tidak, kita akur tidak semua mempunyai peluang yang baik. Tetapi itu tidak bermakna yang tidak berpeluang boleh berpeluk tubuh membiarkan rakan lain melakukan semuanya.\r\n\n\n\n\rWalau apa juga bidang diceburi, kita masih bertanggungjawab memainkan peranan mengikut kemampuan masing-masing. Mungkin kita tidak nampak cara untuk menyumbang tetapi sebenarnya dengan menjadi rakyat yang tidak menimbulkan masalah kepada agama, bangsa dan negara, kita sebenarnya sudah memainkan peranan yang besar. Yakinlah.\rMenjadi pelajar yang tidak mendatangkan masalah kepada rakan sekelas, guru serta sekolah juga termasuk dalam sumbangan kepada negara. Menjadi ketua keluarga yang berjaya menjaga keharmonian serta kesejahteraan ahli keluarga juga sumbangan kepada negara.\rBerlakon, menjadi watak yang berjaya meninggalkan kesan baik kepada masyarakat, juga satu sumbangan. Pokoknya, tidak perlu berharap untuk membuat sesuatu yang besar yang orang boleh nampak saja.\rPerkara kecil yang kita buat ada kala boleh mendatangkan impak besar. Cuma, caranya mungkin bukan melalui perubahan yang dapat dilihat oleh mata kasar. Apa pun, kesan baik yang terhasil, itulah sumbangan besar kita.   \rFirman Allah yang bermaksud: “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi, ayat 13) \rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.” (Hadis riwayat Ahmad) \rAlangkah sedih apabila golongan muda sering dipandang negatif dan dilihat sebagai pihak yang suka mendatangkan masalah kepada negara. Mungkin ini disebabkan berlakunya gejala tidak sihat dalam kalangan golongan itu.\rOleh itu, sewajarnya langkah proaktif dilaksanakan kerana jika punca serta gejala tidak dibendung, selagi itulah keruntuhan akhlak dan moral akan terus berleluasa. Yang jelas, ia bukan terhadap gen Y saja tetapi semua lapisan masyarakat.\rCabaran dunia semakin hebat, dugaan kehidupan boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Pengaruh teknologi terkini, hilangnya perasaan kemanusiaan dan jauh daripada ajaran agama juga boleh mendedahkan kita semua kepada kesan negatif.\rMemang ada kalanya kita dibuai perasaan dan angan-angan hingga tidak nampak kesilapan dilakukan, maka  mata yang melihat diharap dapat menarik mereka yang tersasar supaya tidak terus terbabas daripada landasan.\rMoga-moga dengan usaha menyedarkan mereka terhadap tanggungjawab serta harapan tinggi diberikan kepada mereka dapat memandu gen Y bersama menyumbang secara aktif. \rKita tidak menafikan sokongan pelbagai pihak terhadap golongan muda. Memang banyak program dan latihan ke arah mempertingkatkan daya saing kalangan orang muda dan berharap ia dilakukan secara berterusan. \rMemetik bicara Khatib, ingatlah dan insaflah bahawa hawa nafsu dan syahwat adalah ujian yang besar untuk manusia, lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan belia. Marilah kita bersama mengawal nafsu supaya tidak didorong ke jalan yang akhirnya merugikan kita.\rSabda Rasulullah SAW, daripada Ibn Abbas yang meriwayatkan: “Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum matimu.” (Hadis riwayat Al-Hakim dan Ibn Majjah) \rMarilah kita, gen Y menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara seterusnya memastikan kehidupan di dunia mendapat perlindungan Allah.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.109629 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list