View: 199|Reply: 0
|
Demonstrasi liar cetus permusuhan diharam
[Copy link]
|
|
DEMONSTRASI adalah luahan perasaan secara berkumpulan sama ada untuk menyokong atau menentang sesuatu isu berbangkit atau yang dibangkitkan. Semuanya adalah manifestasi rasa tidak puas hati yang dijelmakan dalam tindakan.\rDalam keadaan tertentu, Islam turut diseret bertujuan untuk mendapatkan sokongan kononnya Islam membenarkan demonstrasi. \r\n\n\n\n\rRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) \rSebenarnya dalam Islam, demonstrasi dipecahkan kepada dua aliran iaitu demonstrasi liar yang dinamakan Muzhaharah dan demonstrasi aman yang dipanggil Masiirah.\r\n\n\n\n\n\rDemonstrasi liar jelas diharamkan oleh Islam kerana ia disertai dengan perhimpunan yang berniat jahat dengan ucapan provokasi yang menaikkan semangat penentangan. Amat tidak wajar seseorang berucap dengan melemparkan kata-kata hina semata-mata untuk menarik perhatian. \rBagi mengelak berlaku pertelingkahan secara berterusan dengan golongan yang dimusuhi, dicadangkan supaya diadakan perbincangan khusus dan bersopan seperti diperintah Allah kepada Nabi Allah Musa ketiaka menasihati Firaun. \rBerkata ‘Iyadh bin Ghanm: “Wahai Hisyam bin Hakim, kami telah mendengar apa yang engkau dengar dan kami melihat apa yang engkau lihat, adakah engkau tidak (belum) mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mahu menasihati sultan (pemimpin) dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Hadis riwayat Ahmad)\rPengharaman didasarkan pada fakta bahawa dalam demonstrasi akan ada tindakan yang bertentangan etika Islam seperti berakhir dengan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan bahkan hingga ke peringkat pembunuhan jika tidak terkawal.\r\n\n\n\n\rJika mahu juga diadakan demonstrasi biarlah diadakan secara aman dan bersopan. Demonstrasi seperti ini dibolehkan dan diharuskan kerana dilakukan dengan tertib dan aman serta mematuhi hukum syarak.\rDemonstrasi masiirah dilakukan tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu lintas dan hak umum, serta tidak menghancurkan barang milik umum, negara atau individu. Oleh itu, tidak menjadi kesalahan dan dibolehkan dalam agama.\rIslam memandang demonstrasi aman sebagai salah satu cara pengungkapan aspirasi atau pendapat. \rSirah Rasulullah SAW memperlihatkan bagaimana Baginda tidak pernah menjadikan dan menggunakan demonstrasi aman sebagai jalan mengubah masyarakat jahiliah di kota Makkah menjadi masyarakat Islam. \rImam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah kerana mengatakan fatwa kerajaan Abbasiyah bahwa sesiapa yang enggan taat kepada pemimpin akan jatuh talak terhadap isterinya adalah tidak sah.\rImam Malik tetap dengan pendiriannya walaupun beliau ditangkap dan dipukul hingga patah tangan. \rKetegasan Imam Malik mempertahankan fatwa tidak mendorong beliau menjadi ketua pemberontak atau penganjur tunjuk perasaan bagi menjatuhkan kerajaan di zamannya.\rImam Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara kerana sikap kerasnya menentang Mazhab Muktazilah yang diterima pakai oleh pemerintah Abbasiyah. \rPenindasan tidak membuatkan beliau ‘tergesa-gesa’ menganjurkan tunjuk perasaan terhadap pemerintah Islam bermazhab Muktazilah. Walaupun berbeza mazhab serta ideologi agama, Imam Ahmad tidak pernah mengisytiharkan supaya pemerintah itu diperangi dan digulingkan oleh umat Islam.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|