CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Pertahankan ‘kemerdekaan’ negara

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Khalayak Malam Baca Puisi PENA-UPNM direnggut rasa bersalahPARAS hormon adrenalin penulis dan tetamu Baca Puisi PENA seakan melonjak naik serta-merta tatkala menyaksikan persembahan puisi penuh bertenaga yang menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara.Baca puisi bulanan setiap Jumaat malam minggu pertama setiap bulan anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kali ini mengajak khalayak mengenang pengorbanan darah dan air mata dalam memerdekakan negara.\n\n\n\nAcara kali ini juga nampak bersungguh dengan kehadiran pelajar UPNM yang dibawa khas dalam dua bas di samping penggiat sastera tanah air dan orang ramai mula berhimpun sejak jam lapan malam.\n\n\n\n\nMalam yang penuh dengan wajah-wajah serius menjadi mengasyikkan apabila Kelab Gamelan Citra Nusantara UPNM membuka tirai persembahan pada malam itu dengan nyanyian lagu tradisional sambil diiringi muzik gamelan.Wartawan veteran, Saring Siraj atau lebih dikenali sebagai Ismas Saring tampil mendeklamasikan puisi ciptaannya, Sekadar Bertanya, sambil mengajak khalayak berfikir secara rasional mengenai erti kemerdekaan.Mereka gerombolanpejuang bangsayang menggagalkan Malayan Unionpatriotikkah mereka?Mereka berjuang di hutan rimbamembasmi penjahat komunisdi musim daruratpatriotikkah mereka?\n\n\n\nDan kita berpuisibaca puisi-puisi patriotikpatriotikkah kita?Kehangatan malam diteruskan dengan persembahan puisi secara berduet oleh pelajar UPNM, Muhamad Fazrul Kamil Anuar dan Bismi Alif Mohd Razif yang memilih karya Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad, Mencari Wira dengan berkesan, meskipun kedua-duanya baru berusia 19 tahun.Puisi menterjemah maksud wira dalam ruang lingkup lebih luas dan tidak hanya berlegar kepada apa yang sudah diberikan pejuang terdahulu kerana setiap daripada kita sebenarnya perlu menyumbang dalam memartabatkan bangsa, agama dan negara.Berkurun kita berburu mencari makna kataberkurun kita keliru mengenal makna wiraJebat dan Tuah, siapa patut dipuja?Lemas kita dilanda curigaantara setia dan pembelaselamanya wira dinilai oleh masaselamanya wira dicanai kuasaselamanya wira dinobat oleh hartaakhirnya wira entah di manadi depan kita pengkhianat bangsa.Bangunlah dari lena khayalankita kembalikan kata pada lidahkita pulangkan pandang pada akalkita keringkan rajuk pada tindak.Penuntut UPNM, Mohammad Akhmil Ahmar dan Mohamad Nazri Ismail, meneruskan gaya penyampaian rakan terdahulu ketika beraksi di pentas dengan puisi, Dilema Anak Millinium yang memukau khalayak hingga terpana dengan kelantangan suara dan aksi bersemangat mereka.Karya Marina MS merungkai gejolak hati anak muda yang tersedar daripada kekhilafan dan disedarkan akan  tugas berat menyambung legasi perjuangan nenek moyang yang pernah berhempas pulas membebaskan negara daripada terus dibelenggu penjajah yang tidak berhati perut. Terima kasih ayah dan ibukerana aku dilahirkan sebagai anak milliniumyang tak pernah kenal erti perjuanganyang tak pernah kenal erti kemerdekaan.Aku lupayang tanah air ini pernah dijajaholeh bangsa yang bangsat.Aku lupanenek moyangku, pernah berkorban nyawademi tanah air ini.Dari Portugis rebutkan rempahdari Belanda gilakan tanahdari Jepun yang gilakan kuasadan dari British petualang negara.Aku lupa ....Lelaki Pertama Membuka Sangkar Derita Kita karya Nassury Ibrahim mengangkat kehebatan, umpama penghargaan kepada Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dalam memastikan Malaysia mencapai kemerdekaan, disampaikan Nor Azimah Abu Bakar.Lelaki pertama membuka sangkar derita kitaadalah lelaki yang mengembalikan hak dan kewajaranke tempat yang sewajarnyalelaki yang membebaskan generasi daripada rantai pertuanan Britishlelaki yang memeranjatkan Ratu Elizabeth dan sekalian pemimpin duniaadalah lelaki yang mewarna alamdan warisan dunia sebelah siniHari ini enam Disember, hari terakhir kitabersama lelaki pertama membuka sangkar derita kitaempat ratus empat puluh enam tahunadalah giliran kitamenyempurnakan tugas suci sebagai pewaris yang melengkapkan amanahnyaGabungan persembahan Pengarah Pusat Penerbitan UPNM, Left Kol (B) Noor Akmar Mohd Noor dengan Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa UPNM yang juga penyampai berita RTM, Dr Jessica Ong boleh dianggap sebagai persembahan puisi terbaik pada malam terbabit.Pemilihan puisi yang tepat dan menarik, Aksara Merdeka karya asal Wan Ahmad @ Wan Adnan Wan Dad atau lebih dikenali sebagai Wadi Leta SA serta disampaikan dengan iringan Kumpulan Gamelan Citra Nusantara UPNM, membibitkan kesedaran masyarakat terhadap jati diri dan hakikat kemerdekaan.Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdekakenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah iniyang kenal huruf tetapi terlupa maknanyayang kenal angka tetapi terlupa nilainyayang kenal bunyi tetapi terlupa nadanyayang kenal rentak tetapi terlupa geraknyayang kenal lagu tetapi terlupa iramanyayang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir aksara merdeka,kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah iniyang terlepas kaki tetapi terikat tanganyang terlepas mata tetapi terikat jiwayang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan aksara merdeka,kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpinyang cintakan agama tetapi menyelewengkan fakta.Setelah sekian lama menghargai dan menghormati aksara merdekakenapa masih ada lagi warga tanah berdaulat iniyang menanam bunga tetapi menabur duri.Malam Baca Puisi Patritotik ini turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid Kumpulan In Voices UPNM dan gurindam Mat Kilau Wira Pahang oleh Mohd Sidek Mohd Dollah bersama puterinya, Nor Afiqah Mohd Sidek.Antara penyair  yang turut tampil deklamasi puisi pada malam itu ialah Ahmad Sarju, Datuk Muda Taufek Affandi, Dr Ibrahim Ghaffar dan Khalid Salleh.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035044 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list