CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Sekat muat turun muzik percuma

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SKMM diminta bertindak tegas demi masa depan pengkaryaPENGGIAT industri hiburan yang terdiri daripada pemuzik dan penyanyi meminta kerajaan memandang serius masalah muat turun percuma yang berleluasa di internet. Jika masalah itu tidak dibendung, industri muzik akan berdepan zaman kehancuran tidak lama lagi.\rKebimbangan itu diluahkan beberapa artis dan pemuzik tanah air pada sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) yang menyokong tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 10 laman web dipercayai menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram.\r\n\n\n\n\rMereka meminta kerajaan tidak melonggarkan keputusan yang sudah dibuat demi menjaga masa depan industri yang kian malap. Luah mereka lagi,  sepatutnya lebih banyak laman web yang menawarkan muat turun lagu secara haram ini ditutup kerana penggiat industri kini tidak boleh cari makan.\r\r\n\n\n\n\nMereka berkata, kehidupan pemuzik dan artis kelihatan glamor tetapi sebenarnya hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kesan daripada muat turun haram. Jika keadaan ini terus berlarutan, lebih parah lagi mereka berkemungkinan tidak mampu untuk menyara hidup keluarga.\rPemain gitar kumpulan Saturnine, Aznan Alias jelas begitu kecewa dengan situasi yang melanda industri muzik sekarang. Dia yang cukup lantang meluahkan isi hatinya berharap usaha kerajaan dalam membanteras lanun laman siber mendapat sokongan daripada masyarakat agar nasib pemuzik sepertinya tidak melarat.\rKatanya, situasi yang dihadapi industri muzik sekarang terlalu kritikal sehinggakan artis yang memiliki nama besar seperti Datuk M Nasir sendiri bimbang menghasilkan single kerana tahu bakal  menanggung kerugian kerana tidak mendapat pulangan daripada penghasilan single.\r“Perkara ini sudah lama berlaku tetapi ia seakan tidak berpenghujung. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan tahun ini juga, industri muzik kita akan mati. Saya melihat industri muzik kita seperti industri muzik untuk kebajikan kerana tindakan tidak bertanggungjawab daripada pihak yang menjana pendapat secara haram hasil daripada titik peluh kami.\r\n\n\n\n\r“Kami yang bersusah payah menghasilkan lagu tapi tak dapat apa-apa kerana lagu-lagu kami boleh dimuat turun secara percuma. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kebanyakan studio rakaman kini boleh didirikan di sebelah bilik air rumah. Orang yang hendak buat dan rakam lagu tak perlu lagi pergi ke studio besar kerana kosnya mahal. Akhirnya satu demi satu studio tutup, bayangkan dulu kita ada lebih 20 buah studio tetapi sekarang yang tinggal cuma beberapa buah saja.\r“Akibatnya pemuzik seperti kami tidak boleh cari makan. Pendapatan kami sekarang kebanyakan bergantung kepada stesen televisyen. Contohnya, jika ada Akademi Fantasia (AF) maka adalah pendapat untuk kami. Selepas ini AF sudah tiada lagi, jadi kami terpaksa meninjau peluang lain. Soal bayaran juga kami tidak boleh ‘demand’ kerana sekarang ini kebanyakan penganjur membayar secara ‘token’. Kami bersusah payah menjayakan persembahan sehingga berjaya, mereka yang mengaut keuntungan.\r“Radio juga sebenarnya memainkan peranan. Stesen radio kebanyakan bersikap ‘double-standard’ bila tengok lagu artis tempatan, mereka seperti geli nak putarkan. Tetapi lagu dari seberang boleh pula mereka putarkan berulang kali.\rDisebabkan keadaan ini, saya tidak menggalakkan anak-anak bergelar pemuzik kerana masa depannya gelap. Terus terang saya katakan, pemuzik tak mampu hantar anak ke kolej. Sebab itu ramai pemuzik kita lari ke luar negara kerana pendapat di sana lebih lumayan,” kata Aznan.\rAntara artis yang hadir bagi menunjukkan sokongan di atas tindakan SKMM ialah Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Salwa Abdul Rahman, Zaiton Sameon, Isma Halil Hamzah dan ramai lagi.\rPenyanyi yang cukup dikenali satu ketika dulu dengan lagu Harapan, Fazli Zainal pula berkata, sokongan saja tidak akan menamatkan masalah ini sekiranya tiada pelaksanaan dilakukan. Katanya, tiada gunanya menjadi seperti anjing menyalak bukit kerana sampai bila-bila pun masalah ini tidak dapat diselesaikan.\r“Kita perlu laksanakan satu program yang dapat memupuk kesedaran di kalangan pengguna laman web. Jika kita sekadar menyokong usaha SKMM tanpa disusuli dengan pelaksanaan dan terus menuding jari ke arah orang lain, masalah ini tidak akan ada kesudahan. \r“Saya mengharapkan supaya pihak kerajaan terus kekal dengan keputusan mereka, malah kami berharap lebih banyak lagi laman web haram ditutup,” katanya.\rSementara itu, Pengarah Urusan laman web 2crank. com yang menawarkan muat turun lagu secara sah, Mohamad Hazmi Yaacob pula berkata, masalah yang dihadapi industri tempatan bukan masalah luar biasa kerana ia turut dihadapi industri muzik antarabangsa.\rDaripada berbuat bising, lebih baik kata Hazmi, penggiat industri muzik mencari jalan penyelesaian kerana masalah yang dihadapi kini amat sukar dibendung kerana setiap isi rumah memiliki komputer. \r“Setakat ini tidak ada perisian yang boleh menghalang kewujudan laman web untuk muat turun lagu secara percuma, jadi masalah ini amat sukar untuk dibendung. Lebih baik orang seni fikir apa yang mereka boleh lakukan untuk menjana pendapatan yang lebih melalui muzik serta cara memupuk kesedaran masyarakat mengenai penderitaan yang ditanggung penggiat seni,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049742 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list