CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Web cari teman kacak, jelita buang si hodoh

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Laman Beautifulpeople.com singkir 30,000 ahli baruCOPENHAGEN: Sebuah laman web yang menjadi tempat pertemuan online popular bagi mencari kekasih bagi golongan ‘lelaki kacak dan wanita jelita’ mencetuskan kontroversi dan dikritik selepas bertindak membuang 30,000 ahli kerana mereka disifatkan sebagai ‘orang hodoh.’\rLaman web itu ialah ‘Beautifulpeople.com’ yang mempunyai satu sistem yang memberi kategori kepada ahlinya berdasarkan skala kecantikan.\r\n\n\n\n\r  Mereka yang ditolak itu dipercayai menjadi ahli laman web itu bulan lalu selepas ruang berkenaan diserang virus diberi nama ‘Shrek’, karektor haiwan hodoh.\r\r\n\n\n\n\n  Virus itu menyerang perisian ‘Beautifulpeople.com’ yang digunakan untuk menapis pemohonnya menyebabkan kemasukan ahli barunya yang kemudian dibuang atas sebab hodoh, lapor The Guardian.\rSelepas kembali berfungsi, pemilik web berkenaan menetapkan beberapa ribu ahli terbabit gagal memenuhi standard estetika laman Denmark itu dan mereka digugurkan.\rPengendali halaman web terbabit turut mewujudkan satu talian kaunseling untuk membantu mengurangkan kekecewaan mereka yang ditolak keahliannya.\r“Kami perlu kekal dengan prinsip penubuhan kami yang hanya menerima orang cantik, itu adalah apa yang perlu ada pada  ahli kami. Kami tidak boleh terus menyimpan 30,000 orang yang hodoh itu,”  kata Greg Hodge dari ‘BeautifulPeople.com’ kepada akhbar.\r\n\n\n\n\rKeputusan menolak keahlian 30,000 orang berkenaan menyebabkan syarikat online terbabit terpaksa memulangkan lebih AS$100,000 (RM300,000). Hodge menghantar e-mel memaklumkannya kepada ahli yang digugurkan.\rHodge berkata, syarikat terbabit menyiasat serangan siber sambil menambah bahawa beliau mengesyaki bekas kakitangannya yang memasukkan virus terbabit.\rPenyingkiran ahli yang hodoh itu bukanlah kali pertama laman web itu mencetuskan kontroversi, lapor news.com.au. \rPada Januari lalu, ia meminta 5,000 penggunanya memohon semula selepas mereka menghantar gambar yang menunjukkan keadaan mereka gemuk daripada biasa meraikan musim perayaan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.045857 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list