|
Siapa Rezza Salleh?Oleh Muhamad Fairoz Azizan2011/06/24\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKurang dikenali tetapi diberi peluang buat konsert di DFPSEBENARNYA memang pelik kenapa pengurusan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) memilih Rezza dengan anak muda ini boleh dianggap tidak dikenali langsung di pentas muzik tempatan.\rSudah tidak adakah penyanyi lebih berkaliber, berpengaruh dan popular untuk ditawarkan oleh DFP membuat persembahan di pentas berprestij itu? Ini kerana DFP selalunya mempunyai proses pemilihan yang sangat ketat dengan memberikan penyanyi popular dan bernama besar dalam sejarah dunia muzik negara seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Khadijah Ibrahim, Ramli Sarip, Datuk Sheila Majid dan Datuk Siti Nurhaliza, tetapi tiba-tiba ada Rezza Salleh. \r\n\n\n\nSiapa Rezza Salleh? \r\rBiar apapun tanggapan masyarakat selain peminat muzik yang mungkin terpinga-pinga apabila menyebut namanya, bagi Rezza dia berasa bertuah kerana diberi peluang mengadakan persembahannya di konsert DFP Sportlight. Konsert yang pernah menampilkan penyanyi, Mia Palencia, Rachel Guerzo, Noryn Aziz dan kumpulan AkashA sebelum ini bakal memahat nama Rezza di DFP pada 27 Jun ini.\r\n\n\n\n\n\rMemiliki vokal baritone yang disulami irama mendayu, persembahannya itu bakal mencuri perhatian penonton muda dan dewasa di konsert itu nanti.\r“Saya bangga dan bertuah kerana diberi peluang oleh DFP bagi mengadakan persembahan sulung saya di sini, malah saya tidak menjangka akan menjejakkan kaki ke sini dalam konsert saya sendiri.\r“Saya mengambil masa dua bulan untuk latihan persembahan ini kerana nak berikan persembahan yang terbaik dan penuh bertenaga kepada penonton yang sanggup datang menyaksikan persembahan saya nanti,” katanya.\rBakal mempersembahkan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam albumnya itu seperti 50 Down The Way, What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure, Kasih, Stracciatella, For Her, Angan-Angan Permata, Soultune, The Night You Know, Putera Jaya, Sunsets With You dan A Relic Is What I Live In.\rPersembahannya yang penuh bertenaga itu bakal diiringi oleh lapan anggota bandnya serta koir daripada Philharmonic Society of Selangor.\rKurang laris sebab tiada publisiti\rWALAUPUN album pertamanya, Realize kurang mendapat sambutan memberangsangkan namun Rezza Salleh bertekad untuk dikenali dan menempa nama dalam industri hiburan tempatan dengan muziknya tersendiri.\rPenyanyi alternatif akustika folk rock ini mengakui dirinya masih baru tetapi agak ketinggalan jika dibandingkan dengan penyanyi seperti Yuna yang seangkatan dengannya serta lebih awal dikenali.\rMemiliki vokal yang lunak selain bakatnya dalam mencipta lirik adalah kelebihan Rezza pernah menyumbangkan hasil kerjanya dalam mencipta lirik selama lima tahun buat Yuna dan Najwa.\rBerbekalkan kelebihan itu, dia bingkas bangun agar dikenali seperti mereka dengan mencipta lagu buat dirinya sendiri, namun kekurangan publisiti dirinya membuatkan pemuda berusia 29 tahun ini sukar dikenali.\rFaktor itu menjadikan albumnya tidak mendapat sambutan, hanya sekadar 2,000 unit saja terjual sejak dilancarkan Disember tahun lalu.\r“Saya tak mengharapkan penjualan album fizikal dan lebih menumpukan kepada album digital kerana peminat muzik sekarang lebih selesa muat turun lagu. Ini percubaan pertama saya dan berpuas hati juga dengan penjualan album itu. \rMungkin sebab kurang publisiti dan orang tidak mengenali saya jadi penjualan album agak perlahan,” katanya.\rTidak berputus asa dengan pencapaian hasil penjualan album itu, Rezza bertekad meneruskan usahanya dalam bidang seni dengan mencipta lagu untuk album keduanya.\rMalah, material untuk pembikinan album keduanya itu sudah pun siap sedia untuk menjalani proses rakaman dalam masa terdekat dan masih mengekalkan genre folk rock dan pop.\rMenganggap percubaan pertamanya sebagai batu asas dalam menjejakkan kaki ke dunia hiburan, Rezza mengharapkan ada kelainan di dalam album keduanya nanti yang dijangka akan siap sepenuhnya hujung tahun ini.\r“Album kedua masih mengekalkan lagu Inggeris kerana mudah dihasilkan, berbanding lirik lagu Melayu yang mempunyai bahasa yang indah.\r“Nak tulis lagu kena ada mood baru kita dapat menjiwai lagu itu. Perjalanan saya dalam bidang seni masih jauh dan perlu mempertingkatkan lagi hasil produk saya agar dikenali,” jelasnya.\rengakui dirinya tidak mempunyai peminat tegar di negara ini, Rezza masih diminati malah terlebih awal menempa nama di luar negara dengan membuat persembahan di Melbourne, Tasmania, Sydney, Vientiane, Singapura dan Thailand.\rKini, Rezza mengembangkan bakatnya lagi di luar negara dengan mengadakan persembahan di Singapura, Korea dan Jepun yang dijangka September depan.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|