CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53|Reply: 0

‘Elak syarikat bas bandar rugi’

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan diminta laksana modul baru operasi dengan beri kontrakKERAJAAN diminta menimbang melaksanakan satu modul baru dalam sistem pengangkutan awam khususnya operasi bas bandar bagi mengelak syarikat pengusaha bas tempatan gulung tikar kerana tidak mampu menampung peningkatan kos dan operasi yang tidak cekap.\rDi bawah modul yang dipraktikkan di beberapa negara termasuk Australia dan Indonesia itu, kerajaan memberikan kontrak kepada pengusaha bas bagi menyediakan perkhidmatan di sesuatu laluan dan bayaran dibuat mengikut kilometer.\r\n\n\n\n\r  Tambang yang dibayar penumpang yang dibuat menerusi sistem elektronik akan disalurkan terus kepada kerajaan.\r\r\n\n\n\n\n  Pengerusi dan Pengarah Urusan, Konsortium Transnasional Bhd (KTB), Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata penyelarasan semula sistem pengangkutan bas bandar penting kerana hampir semua syarikat pengusaha kini tidak hanya berdepan kos operasi yang semakin meningkat sehingga menyumbang kepada kerugian malah terpaksa bersaing memberikan kadar tiket paling rendah berbanding harga yang ditetapkan kerajaan untuk menarik pelanggan.\rKatanya, cadangan itu akan dikemukakan kepada pembuat dasar dalam masa terdekat untuk dipertimbangkan kerana sudah tiba masanya ia diubah bagi memperkasakan lagi sistem pengangkutan negara.\r“Modul ini sudah dipraktikkan di beberapa negara dan ia ternyata memberi manfaat kepada pengusaha serta kerajaan. Ia ibarat perkongsian, di mana rakyat mendapat faedah hasil daripada sistem operasi yang lebih cekap.\r“Menerusi pelaksanaan modul itu, subsidi yang disalurkan untuk sistem pengangkutan awam mungkin boleh dikecilkan dan dialihkan kepada perkara lain demi kebajikan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan kali ketujuh KTB di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rMohd Nadzmi berkata, modul itu lebih berkesan menerusi pelaksanaan sistem kutipan tiket elektronik kerana ia mengurangkan risiko kehilangan tunai yang berkemungkinan berlaku sebelum ini.\r“Syarikat pengusaha bas bandar amat memerlukan perhatian daripada kerajaan untuk terus kekal menyediakan perkhidmatan pengangkutan pada masa datang. Jika tidak, dalam tempoh beberapa tahun lagi kami terpaksa ‘tutup kedai’ kerana tidak mahu terus dibelenggu kerugian,” katanya.\rBagi tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu dari 2008 hingga 2010, KTB merekodkan kerugian keseluruhan RM78 juta, disumbang sepenuhnya oleh perkhidmatan bahagian bas bandar menerusi operasi Cityliner syarikat itu.\rBagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, pengendali perkhidmatan bas terbesar itu mencatatkan kerugian RM31.14 juta meningkat sekali ganda berbanding RM15.086 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.\rBerikutan kerugian yang dicatatkan itu, Mohd Nadzmi berkata, KTB menghentikan perkhidmatan di 31 laluan membabitkan 75 bas di seluruh negara selain  kekerapan perjalanan pengangkutan itu juga dikurangkan pada tempoh kemuncak bagi beberapa laluan lain.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.087350 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list