View: 135|Reply: 0
|
Arnold bayar saraan anak sebelum cerai
[Copy link]
|
|
Isteri minta pandangan akauntan aset bekas Gabenor CaliforniaLOS ANGELES: Arnold Schwarzenegger membayar sejumlah ‘besar’ wang saraan anak kepada isterinya yang kini tinggal berasingan.\rPelakon berusia 63 tahun itu bersetuju memberi bantuan kewangan kepada Maria Shriver, yang berpisah dengannya bulan lalu, sejurus sebelum didedahkan beliau bapa kepada anak bekas pembantu rumahnya Mildred Patty Baen, untuk dua anak remajanya Patrick, 17, dan Christopher, 13, walaupun tiada pihak yang memfailkan perceraian setakat ini.\r\n\n\n\n\rSumber memberitahu RadarOnline.com Arnold membayar sejumlah besar wang saraan anak selain membayar yuran sekolah persendirian untuk anak lelakinya, Patrick dan Christopher.\r\r\n\n\n\n\nMengikut undang-undang California, Maria layak menerima wang saraan anak sebaik salah seorang daripada mereka memfailkan perceraian. Peguam Maria dan Arnold sedang menguruskan penyelesaian perceraian namun buat masa ini Arnold bersedia membayar wang terbabit kepada Maria,” kata sumber.\rSumber mendakwa Maria, yang turut mempunyai anak perempuan Katherine, 21, dan Christina bersama bekas Gabenor California itu, menyenaraikan bantuan akauntan forensik bagi mendapatkan pandangan tepat berhubung aset pasangannya untuk memastikan perceraian mereka berlaku secara adil.\r“Maria mahu mendapatkan penyelesaian perceraian yang adil dan meneruskan kehidupannya.”\r“Maria dan Arnold kerap bercakap di telefon dan berbincang mengenai anak mereka, agak mengejutkan apabila Maria sangat tenang menghadapi semua masalah yang timbul daripada perkahwinannya. Beliau sangat tabah kerana tidak mahu anaknya menderita kerana keputusan bodoh yang dibuat bapa mereka dan beliau menggalakkan anaknya bersikap jujur dalam menyatakan perasaan mereka,” katanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|