CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Lelaki nikahi pasangan pada usia 99 tahun

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ROCHESTER: Gilbert Herrick tidak pernah mahu berkahwin kerana belum bertemu dengan wanita sesuai dengannya, sehinggalah beliau berusia 98 tahun.\rKini berusia 99 tahun, veteran Perang Dunia Kedua dan seorang pesara kakitangan pos dari barat New York baru-baru ini mengahwini Virginia Hartman, 86, seorang balu lima anak.\r\n\n\n\n\rGilbert memberitahu akhbar Demokrat dan akhbar Chronicle of Rochester bahawa pertemuan pertama beliau dan isterinya berlaku  pada 2010 di sebuah dewan di Hospital Masyarakat Monroe, iaitu rumah penjagaan orang tua di mana kedua-duanya tinggal. Selepas pertemuan itu beliau  melawat Virginia hampir setiap hari.\r\r\n\n\n\n\nGilbert berkata mereka mahu berkongsi sebuah bilik, namun peraturan kemudahan itu tidak membenarkannya kecuali pasangan itu berkahwin. Virginia kemudian bertanya jika Gilbert mahu berkahwin dan beliau  bersetuju. Mereka berkahwin pada 6 Jun lalu dengan dihadiri keluarga besar Virginia.  – AP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.300790 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list