|
NEW YORK: Kebanyakan wanita berkahwin kerana cinta dan bukannya wang, melainkan jika lelaki itu menganggur, menurut satu tinjauan baru.\rTiga daripada empat wanita berkata, mereka tidak akan berkahwin dengan penganggur dan 65 peratus berasakan tidak selesa mengikat tali perkahwinan jika mereka sendiri tidak bekerja.\r\n\n\n\n\r Namun lebih 91 peratus wanita bujang berkata, mereka akan berkahwin kerana cinta berbanding wang.\r\r\n\n\n\n\n “Ironi jika wanita lebih menitikberatkan cinta berbanding wang, namun mereka tidak berkahwin jika mereka atau bakal suami tidak bekerja,” kata Meghan Casserly, dari ForbesWoman yang menjalankan tinjauan dengan laman web YourTango.com.\rMalah, katanya, 77 peratus wanita percaya mereka boleh mendapat kedua-duanya, satu hubungan yang memuaskan dan kehidupan berkeluarga, di samping kerjaya yang berkembang.\rNamun 63 peratus wanita berkata, mereka bekerja 40-59 jam dan 62 peratus wanita dalam satu perhubungan berkata, mereka hanya menghabiskan tiga jam atau kurang bersama pasangan ketika minggu bekerja.\r“Kerjaya benar-benar membawa kedudukan nombor satu buat wanita bekerja,” kata Casserly. “Agak ironi wanita ini percaya mereka boleh memiliki segala-galanya. Bagaimana? Bila?”\r\n\n\n\n\rDua daripada lima wanita dalam satu hubungan berkata, kerjaya memaksa mereka berjaga pada waktu malam, menurut tinjauan ke atas 625 wanita. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|