View: 165|Reply: 0
|
Israel roboh 103 kediaman Palestin
[Copy link]
|
|
Badan hak asasi Yahudi dedah kemusnahan terbanyak tahun ini\rTEL AVIV: Tentera Israel memperhebat pemusnahan kediaman Palestin di Tebing Barat tahun ini menyebabkan 700 orang kehilangan tempat tinggal.\r\n\n\n\n\rKumpulan hak asasi manusianya, B\'Tselem dalam kenyataan berkata, tentera Israel memusnahkan 103 kediaman tahun ini membabitkan 700 penghuni.\r\r\n\n\n\n\nAngka kemusnahan itu lebih tinggi berbanding pada 2010 apabila 86 kediaman dimusnahkan dengan rejim Zionis mendakwa hanya memusnahkan kediaman yang dibina tanpa permit.\rB\'Tselem berkata, penduduk Palestin tiada pilihan lain kerana Israel yang menguasai Tebing Barat jarang memberi kebenaran kepada penduduk Palestin membina rumah.\rSelasa lalu, jentolak Israel memusnahkan beberapa kediaman Palestin di bandar al-Khalil (Hebron) di selatan Tebing Barat.\rIsrael menawan Tebing Barat bersama wilayah Palestin lain di al-Quds (Baitulmaqdis) pada 1967.\r\n\n\n\n\rSelepas laporan itu disiarkan, pertubuhan Human Rights Watch menghubungi Tel Aviv bagi memintanya berhenti memusnahkan kediaman penduduk.\rPerkembangan itu berlaku ketika Tel Aviv meneruskan pembinaan untuk kaum Yahudi selain memperhebat penempatan dan perluasan di kawasan dicerobohi.\r“Pihak berkuasa Israel enggan memberi permit bina kediaman kepada penduduk Palestin, sebaliknya terus merobohnya dan memberi hak kepada pendatang Yahudi untuk membina sebelah rumah.\r“Masyarakat antarabangsa patut mendesak Israel segera menamatkan tindakan diskriminasi itu. \rUndang-undang penjajahan termasuk di Tebing Barat melarang tentera Israel memusnahkan hartanah awam Palestin serta memindahkan mereka \r“Tentera Israel juga tidak menuntut tempat itu sebagai miliknya dan hanya memberitahu memerlukan faktor keselamatan,” katanya. – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|