View: 173|Reply: 0
|
Pelatih Hillary jadi aktres lucah
[Copy link]
|
|
Kogelman guna nama Sammie Spades berlakon filem panas 16 kali\rWASHINGTON: Hillary Clinton yang memegang jawatan senator berpejabat di Buffalo pada 2006 mungkin tidak menyangka seorang pelatihnya menjadi seorang yang terkenal dalam industri filem \'panas\', tiga tahun kemudian.\r\n\n\n\n\rMulai 2009 hingga 2011, pelatih berkenaan, Samantha Kogelman mengubah nama kepada Sammie Spades dan beraksi dalam 16 filem lucah.\r\r\n\n\n\n\nSebuah laman web mendedahkan seorang daripada pelatih politik, Kogelman yang bekerja untuk Hillary didapati menceburi kerjaya itu dan menggunakan nama Spades yang kini berusia 24 tahun.\rSpades memberitahu laman web bahawa dia mulanya berniat menjadi peguam dan seterusnya sebagai pegawai kerajaan ketika kali pertama bertemu bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat itu pada 2006 dan berjaya mendapat tempat sebagai pelatih Hillary.\rApabila dia mula menghadapi masalah kewangan, Spades mengetepikan cita-cita politiknya apabila mendapati lebih mudah membayar bil dengan berlakon filem lucah.\rAntara judul filem dibintanginya ialah Raylene Returns, This Isn\'t The Biggest Loser: The XXX Parody dan Busty Nurses.\r\n\n\n\n\rMengulas mengenai Hillary, Spades berkata: “Saya tidak fikir Hillary gembira dengan berita ini, tetapi saya amat menghormatinya.”\rPada masa sama, Spades juga menaruh cita-cita bertukar kerjaya aliran perdana pada masa depan dengan menjadi model majalah terkenal termasuk Maxim, FHM, Stuff, and Playboy.\rApapun, Spades tentu sedar bahawa menjadi ahli politik di Amerika bukan perkara mudah ketika ini dengan sesetengahnya terjebak dalam skandal, terbaru membabitkan ahli Kongres New York dari Parti Demokrat, Anthony Weiner yang terpaksa meletak jawatan. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|