|
Nadal mara ke kelompok 16 terakhir bertemu del Potro\rLONDON: Bekas juara, Maria Sharapova akur dia terpaksa meningkatkan lagi tahap permainan selepas berjaya mara ke pusingan keempat kejuaraan tenis Wimbledon menewaskan pemain bukan pilihan dari Republik Czech, Klara Zakopalova 6-2, 6-3, malam tadi.\r\n\n\n\n\r Juara b rtahan lelaki, Rafael Nadal juga ceria selepas mara ke kelompok 16 terakhir dengan kemenangan 7-6 (8/6), 7-6 (7/5), 6-0 ke atas Gilles Muller dari Luxembourg dan kini akan menentang Juan Martin del Potro dari Argentina untuk mengintai peluang ke suku akhir.\r\r\n\n\n\n\n Sharapova yang merangkul kejuaraan pada 2004, bermula baik dalam kempen memburu kejuaraan Wimbledon kedua dirinya, dan dia melepasi saingan minggu pertama tanpa tercicir satu set dalam tiga perlawanan awalnya.\rPemain popular Russia itu yang turun sebagai pilihan kelima, bakal menentang Peng Shuai dari China yang menewaskan pemain Hungary, Melinda Czink 6-2 7-6(5), dalam kelompok 16 terakhir nanti.\r“Tidak diragui anda harus meningkatkan persembahan pada minggu kedua. Ini satu babak yang sukar kerana akan berdepan pencabar lebih liat selepas ini, khasnya dalam Grand Slam,” kata Sharapova.\rSharapova, 24, menjadi pemain kegemaran peminat di sini sejak berusia 17 tahun lagi, di mana dia mengejutkan juara bertahan Serena Williams sebelum muncul juara wanita ketiga termuda di Wimbledon.- AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|