CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Sepenuh hati untuk lakonan

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lisa rancang sambung pengajian apabila tiba pada masanya \rBERTUAH sesiapa yang memiliki gadis ini - jelita, bijak dan berbakat. Lebih utama sifat lemah lembut gadis Timur masih menebal dalam diri si cantik manis bernama Lisa Surihani malah tidak hairan sejak menceburi arena seni kira-kira empat tahun lalu, sudah beberapa jejaka popular dikaitkan punya hubungan dengannya.\r\n\n\n\n\rSelain cantik, ditambah pula mempunyai kelulusan kelulusan dalam bidang guaman. Anak kedua daripada lima bersaudara ini pernah menyatakan hasrat menyambung semula pengajian. Namun adakah impian itu terbantut dek kejayaan yang diraih dalam industri seni?\r\r\n\n\n\n\n“Belajar bukan hanya di sekolah atau peringkat kolej kerana pembelajaran boleh merangkumi semua aspek. Menerusi seni juga saya mengenal banyak perkara yang ada di antaranya tidak mungkin dapat diperoleh di mana-mana.\r“Buat masa ini keluarga merestui perjalanan ini membuatkan saya belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi anak seni yang baik. Apabila sampai masanya nanti, saya akan menyambung pengajian secara formal seperti dihajatkan,” katanya.\rBenar seperti diperkatakan ramai, kebijaksanaan serta kematangan Lisa membolehkannya dipilih menyertai Perbincangan Meja Bulat 1Malaysia mewakili golongan seni dalam memberi pandangan baru sebaris dengan  Aznil Nawawi, Amy Search, Pete Teo dan Low Ngai Yuen. \rPerbincangan meja bulat 1Malaysia yang julung kali diadakan secara talian hasil ilham Datuk Seri Najib Razak diadakan bagi membolehkan rakyat mengemukakan komen, cadangan atau idea saksama serta kukuh khususnya yang lebih segar. \r\n\n\n\n\r“Saya membentangkan dua kertas cadangan iaitu membabitkan soal kemanusiaan sejagat, manakala isu yang kedua adalah cadangan untuk mewujudkan syarat kelayakan buat mereka yang ingin menjadikan bidang seni sebagai mata pencarian mereka.\r“Syarat kedua itu juga untuk diri saya. Seharusnya sebelum memasuki bidang seni, tamatkan dulu pelajaran kerana biarlah mereka yang mahu menjadi anak seni perlu ada kelayakan atas kertas, bukan terhad kepada akademik semata-mata malah kemahiran lain,” katanya lagi.\rWajah aktres yang lebih dulu berkecimpung dalam arena pengiklanan turut laris dipilih mewakili jenama terkenal dan terkini Sofy 360 melantiknya sebagai duta produk mereka.\rIstimewanya, permainan yang dinamakan The Sofy Shopper’s Rush dihasilkan khusus untuk bintang jelita itu yang membolehkan pengguna menyertai cabaran membeli belah  menerusi laman sosial Facebook.  \rLisa juga bersyukur kerana sering mendapat tawaran berlakon. Bagaimanapun, Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) hanya menerima satu tawaran pada satu masa untuk memastikan tiada masalah berbangkit di kemudian hari.\r“Apabila diundang menjayakan sesuatu penerbitan, saya anggap ia sebagai tanda ada pihak percaya terhadap kemampuan dan hasil kerja kita. Sudah pasti saya memberikan hasil terbaik, bukan sekadar produksi berkaitan malah rakan lain.\r“Hendak kata semua tawaran berlakon datang kepada saya, itu mustahil. Sama juga seperti individu lain, ada masa saya dapat peluang dan ada masa juga saya masih punya waktu duduk di rumah. Cuma sebagai pelakon, disiplin antara teras yang cuba saya patuhi,” katanya.\rBiarlah Yusry saja bersuara\rKini peminat mahu pun media tidak perlu berteka-teki kerana sudah pasti hatinya sudah dicuri pengarah ternama, Yusry Abdul Halim yang secara terangan membuat pengakuan hubungan antara mereka lebih daripada seorang kawan.\rBegitupun, sebagai gadis yang dibesarkan dengan adat budaya Melayu yang berpegang kepada prinsip tradisional, baginya tidak dia perlu menggembar-gemburkan sesuatu yang masih pada peringkat permulaan terutama berkaitan cinta.\rEnggan membiarkan kisah cinta membatasi kerjaya, bagi si manis berusia 25 tahun itu biarlah pengakuan Yusry bukan sekadar menamatkan desas desus status mereka sebaliknya turut mematikan sebarang persoalan cinta sebaik saja pengakuan dilafazkan.\r“Kami berkongsi dan berbincang banyak perkara termasuk sebelum Yusry mengesahkan desas-desus perhubungan kami. Seperti diperjelaskan tempoh hari, kami masih dalam proses mengenali hati budi.\r“Ya, tiada yang perlu diselindungkan, cuma biarlah dia saja yang bersuara. Untuk bercakap mengenai fasa seterusnya juga agak terlalu awal malah kami menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Lebih utama ialah keluarga merestui hubungan ini,” katanya dengan ramah.\rBukan kurang selesa setiap kali diaju persoalan serupa, bagi Lisa jika asyik isu sama diketengahkan hanya akan membuatkan insan sekeliling muak apatah lagi sebagai orang baru dalam industri masih banyak perlu dipelajari.\r“Saya tidak mahu nanti terlampau dikaitkan dengan cerita peribadi, mutu lakonan pula entah ke mana. Biarlah buat masa ini saya lebih menumpukan kepada usaha memperbaiki mutu lakonan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047994 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list