View: 94|Reply: 0
|
Portfolio: Saham tempatan terus kukuh
[Copy link]
|
|
Kaunter mewah dorong FBM KLCI catat paras tertinggi tempoh 5 bulan \rSAHAM tempatan meneruskan pengukuhan minggu lalu dengan saham murah mengalami tertekan dengan MAA Holdings dan Muhibbah menerajui penurunan berikutan berita negatif, tetapi kaunter mewah terus menyokong Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM KLCI) untuk mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh lima bulan sebelum mengakhiri minggu lalu lebih tinggi sedikit.\r\n\n\n\n\r Pada asas mingguan, FBM KLCI menambah 1.23 mata atau 0.08 peratus untuk ditutup pada 1,564.66 mata berikutan kenaikan Genting Bhd (+ 38 sen), CIMB (+13 sen) dan MISC (+ 17 sen) yang mengimbangi kejatuhan Maybank (-12 sen), RHB Capital (-RM1.00) dan Hong Leong Bank (-68 sen).\r\r\n\n\n\n\n Purata jumlah dan nilai dagangan harian meningkat kepada 920.4 juta saham bernilai RM1.53 bilion berbanding 824 juta saham bernilai RM1.56 bilion minggu sebelumnya berikutan peningkatan aktiviti membeli pada harga murah.\rBerita mengenai keputusan CIMB dan Maybank membatalkan hasrat untuk bergabung dengan RHB Capital bukan satu kejutan selepas perjanjian penjualan tidak dijangkakan antara Abu Dhabi Commercial Bank dan Aabar Investments PJSC untuk 25 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang menetapkan harga penanda aras tinggi, yang dianggap tidak mampu memberikan nilai.\rPada harga itu adalah sukar bagi pihak lain membeli kepentingan itu tanpa membayar lebih tinggi daripada harga 2.2 kali nilai buku RHB Capital yang dibayar oleh Aabar.\rBagaimanapun masih tidak mustahil satu janji niaga dapat dicapai pada masa depan berdasarkan kaedah pertukaran saham.\r\n\n\n\n\rJusteru, pembetulan harga saham RHB Capital baru-baru ini adalah satu peluang yang baik untuk pengumpulan.\rPendapatan faedah bersihnya dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berdasarkan pertumbuhan pinjaman yang teguh dan margin faedah bersih yang tinggi berikutan kemungkinan kenaikan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR).\rKenaikan selanjutnya bagi OPR adalah sesuatu yang boleh dijangkakan berdasarkan penunjuk inflasi baru-baru ini, yang mana Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 3.3 peratus pada asas tahunan pada Mei.\rMargin kumpulan perbankan itu juga dijangka bertambah baik kerana ia mula mengalih tumpuannya daripada pinjaman berhasil rendah sektor awam.\rKita kini berada di penghujung separuh pertama 2011 dan aktiviti mencantikkan akaun dijangka meningkatkan indeks untuk mencabar paras tertingginya 1,576 mata minggu ini.\rPertumbuhan perlahan daripada dijangkakan di Amerika Syarikat (AS) dan isu hutang kerajaan yang berlarutan di AS dan Eropah masing-masing juga dijangka kembali memandu aliran dana ke dalam pasaran baru muncul, yang akan memberi manfaat kepada FBM KLCI.\rPengakuan Ben Bernanke bahawa kadar pertumbuhan ekonomi di AS adalah kurang daripada yang dijangkakan dan petunjuk pelonggaran monetari yang berlarutan di negara itu akan memihak kepada mata wang serantau yang lain.\rJusteru, sebarang pembetulan dalam tempoh dua bulan akan datang mendorong pembelian kaunter asas yang kukuh dalam perbankan, minyak dan gas, pembinaan, hartanah dan sektor perladangan.\rPeserta dalam sektor berorientasikan domestik akan mencatatkan prestasi baik berikutan pengukuhan ringgit dan kelemahan dolar AS.\rSementara itu dari segi teknikal, walaupun petunjuk aliran meningkatkan isyarat keyakinannya, KLCI dijangka berdepan rintangan pengambilan untung minggu ini berikutan isyarat terlebih beli.\rBagaimanapun, aktiviti mencantikkan akaun pada separuh tahun mampu meningkatkan indeks ke paras lebih tinggi untuk mencabar tahap tertingginya, pada akhir minggu, sebelum berlakunya kegiatan mengambil untung.\rJusteru, sebarang kenaikan perlu dilihat sebagai peluang jualan yang baik sebelum berlakunya pembetulan.\rDari segi carta, AirAsia, CIMB, IOI Corp, Maybank dan RHB Capital adalah baik untuk dibeli ketika harga rendah untuk peningkatan jangka panjang, manakala bagi saham murah, Malton, Muhibbah Engineering, Mulpha International, Kencana Petroelum dan Perisai Petroleum adalah menarik untuk dibeli pada harga lebih murah untuk meraih untung apabila ia naik semula.\rBagi KLCI, ia perlu mengatasi paras 1,566, iaitu paras puncak pada 31 Mei, dengan keyakinan belian yang kuat untuk bergerak ke arah rekod tertinggi 1,576.95 mata yang dicatatkan pada 6 Januari.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|