|
Model Playboy akui bertunang demi publisiti\rSAN DIEGO: Penyanyi dan model Crystal Harris yang baru-baru ini membatalkan perkahwinan dengan pemilik majalah dewasa Playboy, Hugh Hefner, dilapor cuba menjual cincin pertunangannya berharga AS$90,000 (RM273,645) di sebuah kedai barang kemas di banda raya ini.\r\n\n\n\n\rLaman web selebriti TMZ melaporkan, Harris dilihat mengunjungi kedai barang kemas La Jolla, untuk bertanya nilai cincin berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n“Cincin itu dikatakan bernilai AS$90,000 tetapi pemilik kedai barang kemas itu enggan menawarkan sebarang harga sebelum mendapat maklumat lebih lengkap mengenainya.\r“Pemilik La Jolla bertanya kepada Harris, sama ada dia mempunyai sebarang surat atau dokumen untuk menjelaskan mengenai cincin berlian berkenaan, tetapi Harris tidak dapat mengemukakannya.\r“Harris kemudian menelefon seorang rakannya di Playboy Mansion (kediaman Hefner) untuk bertanya mengenai cincin itu. Seorang kakitangan di situ berjanji mengirim maklumat melalui faksimili tetapi bukan serta-merta. \r“Berikutan masalah itu cadangan menjual cincin terbabit terpaksa ditangguhkan. Dia kemudian dilihat meninggalkan kedai itu,” lapor TMZ.\r\n\n\n\n\rLaman web itu melaporkan, ketika perbincangan dibuat dengan Harris, pemilik kedai terbabit, meluahkan perasaan simpati kepada Hefner, berikutan pembatalan perkahwinannya.\rBagaimanapun, Harris dengan selamba berkata: “Awak bergurau ke? Semua itu hanya untuk mendapatkan publisiti.”\r“Kenyataan Harris itu mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka adalah tidak benar sebaliknya sengaja direka untuk publisiti semata-mata,” kata TMZ\rLaman web selebriti itu menyatakan, Harris sebenarnya tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan cincin berkenaan dan cuba mendapatkan maklumat mengenai nilainya.\rSumber lain pula melaporkan, Harris mahu menjual cincin berkenaan bagi membiayai kerjayanya sebagai penyanyi yang masih terumbang-ambing ketika ini. – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|