View: 260|Reply: 0
|
Hamilton angkat bendera putih
[Copy link]
|
|
Kini di tempat keempat dalam senarai keseluruhan pemandu\rVALENCIA: Lewis Hamilton kelmarin mengakui bahawa kejuaraan Formula Satu (F1) pada dasarnya sudah tidak mampu lagi dicapai selepas pemandu Red Bull, Sebastian Vettel meraih kemenangan keenamnya daripada lapan perlumbaan setakat ini.\r\n\n\n\n\r “Saya rasa, ia sudah berakhir,” pemandu McLaren itu memberitahu wartawan selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Grand Prix Eropah yang penuh aksi kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n “Dari sudut kejuaraan, ia sudah pun hampir berakhir.”\rHamilton, juara dunia 2008 menewaskan Vettel di China, April lalu tetapi kemenangan itu dicapai dengan strategi yang lebih baik berbanding kereta yang lebih pantas.\rDia kini menduduki tempat keempat dalam senarai keseluruhan pemandu dan 89 mata di belakang Vettel selaku pendahulu.\rPemandu Jerman itu mendahului 77 mata ke atas pencabar terdekatnya iaitu pemandu McLaren, Jenson Button dan rakan sepasukannya di Red Bull, Mark Webber, berbaki lagi 11 perlumbaan dan maksimum 275 mata yang boleh diraih.\r\n\n\n\n\rSejak Hamilton menang di China, segala petunjuk adalah bahawa pasukan Red Bull telah meningkatkan kelajuan, manakala McLaren - yang memenangi perlumbaan dalam suasana hujan di Kanada dua minggu lalu menerusi Button - semakin jauh ketinggalan dalam saingan dan pada keadaan biasa berada di belakang Ferrari.\r“Secara jujurnya, kami tidak sepantas Ferrari, maka walaupun jika saya berada di depan mereka, saya bergelut untuk terus kekal di depan,” kata Hamilton. \r“Ia seperti kami mengambil satu langkah ke belakang dan mungkin daripada segi prestasi hujung minggu ini (kelmarin), pasukan lain telah mengambil satu langkah ke depan sekali lagi.” - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|