CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Aeroangkasa tarik pelaburan RM1b

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelbagai agensi giat promosi Malaysia pikat pelabur asingINDUSTRI aeroangkasa mampu menarik pelaburan mencecah RM1 bilion pada tahun ini dan bakal menjadi antara bidang penting untuk tempoh akan datang, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).\n\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pihaknya kini giat menjalankan promosi mengenai Pusat Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia (MIAC).   \n\n\n\n\nBeliau berkata, kini MAS Engineering & Maintenance, syarikat milik Penerbangan Malaysia (MAS) adalah syarikat kelima terbesar dunia dalam bidang MRO. Susulan itu, katanya, ia berpotensi besar untuk terus berkembang dan memberikan manfaat kepada generasi muda.“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan saling bekerjasama rapat dengan MITI untuk mempromosi Malaysia sebagai hab industri aeroangkasa.“Oleh itu, kami percaya mampu menarik pelaburan lebih RM1 bilion untuk sepanjang tahun ini dengan setakat April lalu menerima pelaburan bernilai RM41.8 bilion,” katanya selepas mendengar taklimat mengenai MIAC daripada MAHB di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Kuala Lumpur, semalam.\n\n\n\nHadir sama, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid dan Pengarah Kanan MIDA, Azman Mahmud.MIAC membabitkan kawasan seluas 480 hektar di LTSAAS menawarkan empat bidang perkhidmatan seperti pengeluaran komponen dan alat ganti, MRO, sistem sepadu dan avionik serta pusat kecemerlangan untuk latihan aeroangkasa.Sementara itu, Bashir berkata, industri aeroangkasa adalah bidang berteknologi tinggi dengan potensi menarik pelaburan besar.Katanya, rantau Asia Pasifik juga menunjukkan pertumbuhan besar dari segi pembelian pesawat untuk tempoh 10 tahun akan datang, justeru memberikan peluang untuk MAHB menyediakan kemudahan MRO di negara ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036434 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list