CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Pilih Malaysia lancar indeks kewangan Islam

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
INDUSTRI kewangan Islam global dijangka mencecah AS$2 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding AS$1 trilion ketika ini berikutan peningkatan permintaan terhadap produk kewangan Islam.\rKetua Kewangan Islam dan Negara OIC Thomson Reuters Global, Rushdi Siddiqui, berkata peningkatan permintaan itu akan didorong peningkatan kesedaran terhadap produk kewangan Islam di seluruh dunia serta peningkatan kemudahan untuk mendapatkan maklumat mengenai industri berkenaan  di dunia.\r\n\n\n\n\rSehubungan itu, pihaknya bersama IdealRatings sudah melancarkan Indeks Islam Thomson Reuters IdealRatings, iaitu penanda aras Islam pertama untuk menawarkan saringan Syariah berasaskan penyelidikan kepada pelabur, pengurus wang dan penganalisis.\r\r\n\n\n\n\nRushdi berkata, indeks itu juga meliputi pilihan instrumen Islam yang serba luas, sekali gus menjadi garis panduan Islam paling telus di seluruh dunia.\rKatanya, pelabur kewangan Islam kini mahukan kaedah penapisan yang lebih canggih untuk menanda aras dan mencipta dana bagi meneroka pasaran yang semakin pesat ini.\r“Rangkaian indeks baru ini meliputi syarikat pematuhan di lebih 60 negara dan meliputi pasaran ekuiti global di sembilan rantau termasuk negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA),” katanya pada majlis  pelancaran indeks itu di Kuala Lumpur semalam.\rRushdi berkata pihaknya sudah memilih Malaysia untuk pelancaran indeks itu kerana negara itu adalah hub untuk kewangan Islam.\r\n\n\n\n\r“Komitmen Malaysia kepada kewangan Islam telah diiktiraf dunia dan kami berbangga untuk melancarkan indeks baru ini di sini,” katanya.\rBeliau berkata syarikat Malaysia akan diwakili dalam indeks baru itu dan ia boleh digunakan oleh pengguna dan pemborong seluruh dunia untuk mencari peluang untuk melabur dalam syarikat Malaysia itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.095379 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list