View: 110|Reply: 0
|
Semangat wira skuad bola jaring
[Copy link]
|
|
Tekad baiki ranking terkini posisi ke-22 kepada 12 hingga 14 terbaik dunia\rBERNASIB baik mendapat tempat ke Kejohanan Dunia ke-13 yang bakal berlangsung di Singapura minggu depan, skuad bola jaring negara harus mengaut kesempatan membuktikan kemampuan pemain negara bersaing dengan jagoan dunia lain.\r\n\n\n\n\r Malaysia yang menduduki tempat ketiga Kejohanan Bola Jaring Asia 2009 layak selepas kekosongan yang ditinggalkan Singapura selaku naib juara Asia menjadi tuan rumah.\r\r\n\n\n\n\n “Kita akui walaupun kita membarisi pemain muda seawal usia 17 tahun berbanding Australia 22 tahun dalam kejohanan ini, hasrat mencipta kemenangan tetap ada kerana apa yang penting adalah semangat juang pemain harus di jadikan titik permulaan mencari kemenangan.\r“Sasaran kita letakkan tidak terlalu tinggi, kita mahu Malaysia sekurang-kurangnya memperbaiki ranking terkini daripada kedudukan ke-22 kepada 12 hingga 14 terbaik dunia,” kata Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), Suraya Yaacob semasa majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, semalam.\rSkuad negara yang akan berlepas esok, diletakkan dalam kumpulan D bersama England, Malawi dan Barbados perlu sekurang-kurangnya menang dua perlawanan di peringkat kumpulan bagi melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.\r“Untuk menjadi juara kumpulan dengan menewaskan England mungkin sukar namun sekurang-kurangnya kita mampu memberi saingan dan mencipta kemenangan melalui pertemuan dengan Malawi dan Barbados,” katanya, mengenai skuad negara yang sudah menjalani persiapan lebih tujuh bulan termasuk menjalani beberapa latihan di luar negara di bawah bimbingan Choo Kon Lee.\r\n\n\n\n\rBiarpun negara diletakkan di kedudukan terakhir daripada 16 pasukan yang bertanding, Suraya berkata pemain negara tidak perlu melihat itu sebagai tekanan malah mengambilnya sebagai satu cabaran untuk memperbaiki ranking negara.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|