CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Prestariang teroka Asia Barat

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sedia khidmat latihan, persijilan ICT babit sektor kewangan Islam\rPRESTARIANG Bhd, penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia 27 Julai ini, bercadang meneroka pasaran Asia Barat dalam memperkenalkan perkhidmatan latihan dan persijilan ICT membabitkan sektor kewangan Islam menjelang akhir tahun ini.\r\n\n\n\n\rKetua Eksekutifnya, Dr Abu Hasan Ismail, berkata syarikat yang dijangka meraih RM19.8 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) itu, masih berbincang dengan rakan niaga daripada negara Asia Barat untuk tujuan itu.\r\r\n\n\n\n\nIa katanya adalah sebahagian daripada pelan pengembangan untuk mengukuhkan capaian perniagaan pada peringkat global.\rBeliau berkata, pelan itu  disokong pelancaran program persijilan pembangunan dalaman ICT dikenali IC CITIZEN hasil usaha sama dengan Certiport dari Amerika Syarikat (AS) yang mana menjadi model perniagaan terbaik dalam memberi akses pantas kepada rangkaian 10,000 pusat di 142 negara. \rMenerusi program itu, katanya, Prestariang memeterai kontrak dengan  Industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi Brunei bagi program perintis kepada blogger serta guru di negara berkenaan.\r“Syarikat juga sedang membangunkan program lain termasuk Inggeris Vokasional, Kewangan Islam dan Teknologi Maklumat (IT) Hijau yang dijangka akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini hingga separuh kedua 2012,” katanya selepas melancarkan prospektus IPO syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rIa disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Hadir sama Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif AmInvestment Bank Bhd, TC Kok.\rPrestariang yang ditubuhkan pada 2003 menjalankan perniagaan dengan menyediakan latihan dan persijilan ICT bagi keperluan industri, mengedar dan menguruskan lesen perisian.\rTahun ini, Prestariang menerusi anak syarikatnya Prestariang Systems Sdn Bhd, memperoleh kontrak tiga tahun daripada Kementerian Pelajaran untuk membekal dan menguruskan lesen perisian Microsoft kepada Jabatan Akademik Daerah, Institut Pendidikan Perguruan dan agensi lain kementerian terbabit. \rMengenai IPO Prestariang, Abu Hasan, berkata ia membabitkan tawaran jualan 99 juta saham biasa baru bernilai 10 sen pada harga tawaran 90 sen sesaham.\rDaripada jumlah 99 juta saham yang ditawarkan itu, 22 juta ditawarkan untuk langganan awam, 40 juta untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih, 22 juta untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera, lapan juta untuk permohonan rakyat Malaysia dan selebihnya diperuntukkan kepada pengarah, kakitangan, sekutu perniagaan dan anak syarikat Prestariang yang layak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041626 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list