CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

Perpecahan dijangka selepas pilihan raya

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Perpecahan dalam masyarakat Thailand akan menjadi lebih mendalam selepas pilihan raya Ahad ini kecuali musuh dalam politik bersetuju menghormati keputusan undian terbabit, kata penganalisis.\rMenjelang undian 3 Julai yang disifatkan amat penting kepada masa depan negara Asia Tenggara itu, tidak ramai pemantau menjangka pemenang akan mampu berkuasa untuk satu penggal selama empat tahun dan berhadapan dengan pembangkang dalam Parlimen.\r\n\n\n\n\rPilihan raya terbabit adalah pertarungan besar di antara parti pemerintah Demokrat diketuai Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dan pembangkang, Puea Thai, yang menyokong kuat bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra.\r\r\n\n\n\n\nLima tahun selepas rampasan kuasa yang menyingkirkan Thaksin dan mencetuskan krisis politik berdarah selama beberapa tahun, jutawan terbabit masih lagi menjadi tokoh yang diperdebatkan di Thailand.\rDua pergerakan politik utama dibentuk di sekeliling personalitinya: anti-Thaksin, penyokong Baju Kuning yang menyokong kelompok elit negara itu dan kumpulan kelas pekerja dan luar bandar, Baju Merah yang menjadi penyokong setia beliau.\rBeberapa tahun sejak Thaksin disingkirkan daripada berkuasa menyebabkan berlakunya perhimpunan jalanan besar-besaran oleh kedua-dua pergerakan terbabit.\rTahun lalu kumpulan Baju Merah melumpuhkan Bangkok selama hampir dua bulan dengan demonstrasi yang menarik sejumlah 100,000 penduduk dan berakhir dengan satu operasi oleh tentera yang menyebabkan lebih 90 orang maut.\r\n\n\n\n\rKebanyakan pemantau bimbang demonstrasi jalanan akan berulang dalam masa beberapa bulan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037955 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list