View: 166|Reply: 0
|
Analisis Saham: Keganasan di Greece pengaruhi pasaran
[Copy link]
|
|
Pelabur berharap penggubal undang-undang bantu selamatkan masalah kewangan Athens\rPASARAN saham Asia meningkat semalam didorong harapan pelabur agar penggubal undang-undang Greece meluluskan undian penting yang akan membantu menyelamatkan negara itu dari masalah kewangan yang dihadapinya.\r\n\n\n\n\r Walaupun ahli politik yakin pendekatan itu akan diluluskan di Parlimen, Athens masih diselubungi keganasan dan pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan ribuan orang awam yang berhimpun untuk memprotes kerajaan.\r\r\n\n\n\n\n Pasaran saham Jepun bergerak pada skala positif apabila kadar pengeluaran sektor industrinya mencatatkan peningkatan kedua tertinggi.\rTokyo meningkat 1.54 peratus atau 148.28 mata kepada 9,797.26 manakala Seoul ditutup 1.53 peratus atau 31.51 mata, lebih tinggi pada 2,094.42 manakala Hong Kong meraih 0.39 peratus pada waktu tengahari, Sydney meningkat 1.23 peratus atau 55.2 mata kepada 4,529.5.\rTetapi kedudukan Shanghai masih di paras yang sama berikutan timbul kebimbangan bahawa kerajaan China mungkin akan menaikkan kadar faedah untuk menurunkan kadar inflasi yang semakin meningkat. Kedudukan pasaran berada 0.41 peratus lebih rendah pada waktu tengah hari.\rPelabur Asia memantau prestasi di Wall Street yang menyaksikan tiga indeks utama meningkat lebih satu peratus Selasa lalu. \r\n\n\n\n\rThe Dow Jones Industrial Average menokok 1.21 peratus untuk ditutup pada 12,188.69 manakala S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing meningkat 1.29 dan 1.53 peratus.\rPenggubal undang-undang di Athens dijangka mengundi lewat semalam untuk langkah keselamatan seperti yang diarahkan oleh pemberi hutang antarabangsa sebagai tukaran untuk wang tunai yang diperlukan oleh kerajaan Greek dalam mengelakkan kemelut itu.\rDi Tokyo, situasi itu turut membantu meningkatkan kadar pengeluaran industri sebanyak 5.7 peratus bulan lalu berbanding bulan sebelumnya, sekali gus menggambarkan fasa pemulihan terhadap bekalan selepas tragedi gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.\rPeningkatan itu, yang kedua tertinggi dalam rekod mengatasi jangkaan 5.5 peratus pada April lalu.\rMinyak ditutup bercampur pada waktu tengah hari dengan kontrak utama New York, West Texas mengalami penurunan enam peratus kepada AS$92.83 setong selepas meningkat sebanyak AS$2.28 pada Selasa.\rMinyak mentah Brent North Sea meningkat satu peratus kepada AS$108.79 selepas melompat AS$2.79 hari sebelumnya.\rEmas dibuka pada AS$1,503.00-AS$1,504.00 seaun di Hong Hong, sedikit meningkat berbanding harga penutup AS$1,502.00-AS$1,503.00 pada Isnin.\rDi pasaran lain, Taipei ditutup lebih tinggi sebanyak 94.52 peratus pada 8,573.38. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|