View: 105|Reply: 0
|
Raja Urut Thai antikerajaan, mak nyah tersisih
[Copy link]
|
|
BANGKOK: ‘Raja Urut’ Thailand, Chuwit Kamolvisit dan golongan mak nyah mencuit perhatian dalam kempen pilihan raya umum negara itu bermula Ahad ini.\rGolongan pondan pula mengadu terpinggir menjelang pengundian kerana gambar pada kad pengenalan mereka mengelirukan pegawai pilihan raya.\r\n\n\n\n\rChuwit yang memerangi rasuah adalah satu-satunya calon dalam pilihan raya Thailand yang mahu menjadi pembangkang - dan lebih rela dilabel ‘bapa ayam’ berbanding seorang ahli politik.\r\r\n\n\n\n\nBekas jutawan rumah urut yang digeruni yang meniup wisel ke atas sejumlah besar polis yang dilingkari rasuah terbukti amat popular dengan partinya Rak Prathet Thai (Cintakan Thailand) namun mengatakan beliau akan menutup tawaran menyertai mana-mana kerajaan, memilih untuk menjadi seorang penyokong kerajaan bermulut lantang berhubung perang antirasuah.\r“Saya ada banyak musuh, sebelum ini anggota polis dan kini ahli politik. Mereka tidak sukakan saya kerana saya bermulut murai, namun bagaimana saya boleh menutup mulut?,” kata Chuwit, 49.\r“Saya hanya mahu berada di Parlimen. Saya tidak mempunyai mana-mana rakan dalam politik. Jika saya ada rakan, saya tidak perlu bentuk parti sendiri.”\rChuwit memasuki politik pada 2003 selepas sebulan dalam penjara kerana dituduh memesan pemusnahan haram berpuluh bar tanpa lesen di atas sebidang tanah penting yang dimilikinya di ibu kota ini.\r\n\n\n\n\rPolis, dikatakannya diberi rasuah purata AS$160,000 (RM483,897.58) sebulan, enggan melindunginya, justeru beliau mendedahkan identiti mereka kepada umum, menyiarkan nama pegawai atasan, jumlah yang dibayar kepada mereka dan kekerapan kunjungan mereka ke enam rumah urutnya. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|