CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

Firefly lebar sayap ke Asia Selatan

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYARIKAT penerbangan komuniti, Firefly, merancang menambah destinasi baru di Asia Selatan dan Utara dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Pengarah Urusannya Datuk Eddy Leong.\rBeliau berkata, syarikat itu akan meneroka laluan baru di Asia Utara termasuk Taiwan, Jepun dan Korea Selatan, serta benua kecil India di Asia Tenggara.\r\n\n\n\n\r“Kami akan terbang melepasi ASEAN sebagai sebahagian rancangan jangka panjang untuk  menawarkan penerbangan ke destinasi popular,” katanya selepas pelancaran penerbangan sulung Firefly ke Sibu, Sarawak.\r\r\n\n\n\n\nDi bawah perkongsian kod dengan syarikat induknya Penerbangan Malaysia (MAS), Firefly menawarkan perkhidmatan laluan Kuala Lumpur-Sibu, menggunakan pesawat B737-800 bagi sektor Kuala Lumpur-Sandakan mulai 1 Ogos.\rLeong berkata, Firefly juga akan mengenal pasti destinasi domestik baru seperti Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Bintulu dan pada masa sama, menjadikan lapangan terbang Johor sebagai hab untuk menghubungkan penerbangan ke Kuching, Sibu dan Surabaya, Indonesia.\r“Semuanya masih pada peringkat awal kerana kami perlu berbincang dengan syarikat induk kami mengenai kaedah terbaik untuk menambah faktor muatan bagi laluan sedia ada,” katanya.\rBeliau berkata pelancaran penerbangan dua kali sehari antara Kuala Lumpur ke Sibu, membuktikan komitmen Firefly untuk menyediakan akses langsung ibu negara ke kawasan tengah Sarawak.\r\n\n\n\n\rKatanya, perkhidmatan itu menawarkan keselesaan perjalanan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan pada masa sama menyediakan sambungan domestik yang mudah untuk rakyat asing melawat negara ini.\rSibu destinasi kedua Firefly di Sarawak selepas Kuching. Penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7.20 pagi dan 6.40 petang dan dari Sibu pada 9.45 pagi dan 9.05 malam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.204713 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list