View: 215|Reply: 0
|
Ricoh ambil alih kamera Pentax
[Copy link]
|
|
PENGELUAR peralatan pejabat dan kamera, Ricoh mengumumkan mereka akan mengambil alih perniagaan kamera digital Pentax milik Hoya Corporation dalam usahanya perniagaan produk penggunanya.\rSyarikat itu berkata, Ricoh akan menggunakan jenama Pentax untuk kamera digital keluarannya, manakala Hoya terus menggunakan jenama itu untuk peralatan seperti endoskop. Ia bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pembelian itu. \r\n\n\n\n\rAkhbar Nikkei dipetik sebagai berkata, pembelian itu dianggarkan 10 bilion yen (AS$124 juta).\r\r\n\n\n\n\n Pengambilalihan itu yang berkuat kuasa Oktober ini sebahagian usaha Ricoh meluaskan perniagaannya melampaui produk seperti mesin pencetak, mesin fotostat dan faksimile.\rSyarikat kini berdepan saingan harga yang sengit untuk pasaran kamera digital. Langkah Ricoh itu boleh menyebabkan pelarasan semula industri besar-besaran.\rRicoh berkata, pengambilalihan itu dibuat berdasarkan keyakinannya garis sempadan antara rumah dan pejabat kini semakin pudar dan ini akan digambarkan dalam perubahan besar-besaran ke atas produk dan perkhidmatan. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|