CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

Strauss-Kahn bakal terlepas dakwaan

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pendakwa temui bukti pekerja hotel berbohong\rNEW YORK: Kes terhadap bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn yang dituduh melakukan serangan seksual mungkin tidak dibawa ke pengadilan selepas pendakwa menemui bukti yang menjejaskan kewibawaan plaintif.\r\n\n\n\n\r   Wanita yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual didapati berulang kali berbohong meskipun bukti forensik mengesahkan kewujudan aktiviti seks antara Strauss-Kahn dan pekerja hotel terbabit.\r\r\n\n\n\n\n   Pendedahan terbaru menyebabkan penyokong Strauss-Kahn sekali lagi menuduh kes terhadapnya adalah perangkap politik.\r“Kredibiliti plaintif dipersoalkan,” kata sumber yang enggan dikenali yang mendedahkan pendakwa raya menemui masalah dalam permohonan suaka pengemas bilik berusia 32 tahun berbangsa Guinea itu selain kemungkinan dia terbabit dalam aktiviti jenayah termasuk urus niaga dadah dan penggubahan wang.\rAkhbar menambah, pendakwa mendapati wanita itu berbual di telefon dengan seorang penjenayah, sehari selepas insiden dengan Strauss-Kahn, dan membincangkan faedah kepadanya jika meneruskan dakwaan. Perbualan mereka dirakam.\rMalah, lelaki itu yang ditahan atas tuduhan memiliki 180 kilogram ganja, adalah antara beberapa individu yang membuat beberapa deposit tunai  berjumlah AS$100,000 (RM300,000) ke dalam akaun bank plaintif sejak dua tahun lalu.\r\n\n\n\n\rSatu lagi sumber rapat kes berkata, pejabat peguam daerah membawa kes terhadap Strauss-Kahn kepada seorang hakim tanpa memeriksa sepenuhnya kejujuran wanita terbabit.\r“Hampir semua yang dilaporkan mengenai wanita itu pada awalnya tidak benar namun tiada seorang pun memeriksa atau mahu mempercayai perkara sebaliknya,” katanya.\rAkhbar New York Times melaporkan, pendakwa raya bertemu dengan peguam Strauss-Kahn kelmarin dan kedua-dua pihak berbincang sama ada untuk mengetepikan tuduhan jenayah.\rPerkembangan terbaru itu meningkatkan peluangnya secara dramatik untuk kembali bertanding dalam pilihan raya presiden Perancis.\rStrauss-Kahn, 62, adalah seorang pemacu ekonomi dunia dan calon utama presiden Perancis apabila ditahan 14 Mei lalu atas tuduhan menyerang seorang pekerja hotel di sini.\rPenahanan itu memaksa Strauss-Kahn meletak jawatan dari IMF dan menamatkan cita-citanya menjadi presiden, namun kerjaya politiknya mungkin dapat dipulihkan kembali jika pendakwa raya menggugurkan kes itu. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042354 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list