CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

Saham Eversendai raih premium 4 sen

[Copy link]
Post time 2-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
61,564 lot  diniaga pada dagangan pertama\rSAHAM syarikat pembinaan yang mengkhusus dalam reka bentuk dan kejuruteraan struktur keluli, Eversendai Corporation Bhd, mencatatkan premium permulaan empat sen pada dagangan sulungnya di Bursa Malaysia semalam, lebih rendah daripada jangkaan penganalisis pasaran.\r\n\n\n\n\r  Saham syarikat itu dibuka pada harga RM1.74 berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.70 seunit dengan menyaksikan 61,564 lot sahamnya diniagakan.\r\r\n\n\n\n\n  Saham Eversendai mencatatkan harga tertinggi RM1.82 dan terendah RM1.70 sebelum ditutup pada harga RM1.72. \rBagaimanapun, Eversendai muncul kaunter paling aktif semalam dengan sejumlah 594,658 lot saham bertukar tangan.\rMengulas harga pembukaan itu, Pengerusi Eksekutif yang juga Pengarah Urusannya, Datuk AK Nathan, berkata berdasarkan asas syarikat yang kukuh disokong kontrak semasa selesa bernilai RM1.5 bilion, beliau yakin harga saham syarikat berkenaan akan mengukuh pada masa depan.\r“Saya gembira dengan harga pembukaan sebentar tadi. Dengan asas kukuh, saya menjangka nilai saham Eversendai akan meningkat kukuh pada masa depan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas penyenaraian saham syarikat berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rFirma penganalisis saham ECM Libra dan TA Securities dalam nota penyelidikannya meletakkan nilai munasabah saham Eversendai masing-masing pada harga RM2.36 dan RM2.46.\rRabu lalu Eversendai mengumumkan meraih kontrak bernilai Qatari Rial 165 juta (kira-kira RM139 juta) bagi projek Fasa 4A Limbungan Nakilat di Pelabuhan Ras Laffan, Qata daripada Qatar Petroleum.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047451 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list