CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

Kapal solar Firaun ditemui

[Copy link]
Post time 3-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bawa Raja Khufu ke \'alam abadi\'\rKAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal  solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.\r\n\n\n\n\rProjek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal   ditanam 4,500 tahun lalu di dalam  lubang bawah tanah.\r\r\n\n\n\n\nProjek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.\rMenteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat.\rRaja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.\rPemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu  dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu.\r\n\n\n\n\rKapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.\rKapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun.\rSelepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan.\rKedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir.\rHawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka.\r“Pada mulanya saya berasa  bimbang  melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita  dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037429 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list