View: 64|Reply: 0
|
Shamita tinggalkan Bollywood
[Copy link]
|
|
Adik Shilpa Shetty cuba nasib di London\rMUMBAI: Aktres Shilpa Shetty berkata adiknya pelakon Shamita Shetty, mengambil keputusan meninggalkan Bollywood selepas gagal mencipta nama di kota perfileman terbesar India itu dan berhijrah ke London untuk mencuba nasib.\r\n\n\n\n\rShilpa berkata: “Shamita kini memasuki fasa baru dalam hidup dan kerjayanya. Dia akan mengikut kursus hiasan selama enam bulan. Kami sekeluarga berpendapat, dia mengambil keputusan betul.”\r\r\n\n\n\n\nSecara kebetulan, keputusan Shamita mencuba bidang kerjaya yang lain, dibuat ketika Shilpa sendiri ‘bercuti’ daripada berlakon. Bagaimanapun dalam kes ini, Shilpa melakukannya secara sukarela.\r“Buat masa ini, saya melakukan ‘peranan’ yang paling memberi kepuasan dalam hidup saya, iaitu sebagai suri rumah. Filem tidak lagi menjadi pilihan utama dalam kehidupan sekarang. Pada masa ini, saya dapati mengurus rumah tangga lebih menyeronokkan dan mencabar berbanding ketika berkejar ke studio setiap pagi,” katanya.\rHakikatnya, apabila adik beradik menjadi bintang filem, ia bukan suatu perkara mudah. Kecuali Kareena dan Karishma Kapoor, jarang sekali ada adik beradik dari kalangan pelakon yang berjaya mencapai kejayaan besar di Bollywood.\rKali terakhir Shamita memegang watak utama ialah dalam filem Cash pada 2006. Namun, filem itu gagal di pasaran. Selepas itu dia muncul untuk penampilan istimewa dalam beberapa filem seperti Heyy Babyy dan Hari Puttar.\r\n\n\n\n\rShamita memulakan kerjaya dalam perfileman pada 2000 dan berlakon filem Mohabbatein. Dalam tempoh 10 tahun kerjayanya, dia juga berlakon dalam beberapa filem Tamil dan Telugu.\rNamun kini Shamita mengambil keputusan mengikut jejak langkah seorang lagi pelakon, Twinkle Khanna dengan menjadi pereka hiasan dalaman. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|