CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2969|Reply: 15

Kenapa Aku Masih Solo?

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2011 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by snowfairy at 3-7-2011 12:12

a good read.. something to ponder


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.


Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.


Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.


Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.


Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.


Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.


Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.


Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.


Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.


Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.


Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.


Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.


Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.


Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.


Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.


Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.


Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.


Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.


Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.


Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.


Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/838-kenapa-aku-masih-solo.htm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 11:54 AM | Show all posts
wow, nice sharing dear..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 12:11 PM | Show all posts
hihi
u're welcome
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:22 PM | Show all posts
macehhh...share...ye..
25 taun tue mmg masih muda remaja lagiks...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:28 PM | Show all posts
hahaha,bgus nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:10 PM | Show all posts
errr...wahahaahahahahhahahahha!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2011 01:16 PM | Show all posts
Reply 6# 5229


   y ar?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:46 PM | Show all posts
Reply  5229


   y ar?
snowfairy Post at 3-7-2011 13:16


nothing lorrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 02:10 PM | Show all posts
Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan....
Rahsia Allah tak siapa yg tahu...


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:22 PM | Show all posts
i agree

i sedar banyak perlu diperbaiki sebelum melangkah ke arah itu {:1_137:}
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:34 PM | Show all posts
good information.

p/s:aku blum msuk 25 lg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:16 PM | Show all posts
nice one....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:45 PM | Show all posts
Pengajaran: Jangan panik jika masih solo
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:32 PM | Show all posts
ai likeeeeeeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:39 PM | Show all posts
nak tempah syurga dari pernikahan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:47 PM | Show all posts
aku dah bajet kalau umur aku dah 30 tahun memang aku nak angkat bendera putih terus la bab jodoh-jodoh ni....

aku dah penat mencari dan mengejar something yang tak pasti...

umur 30 aku nak ada saving sendiri and invest for my future....

3 more years to go....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 1.926053 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list