View: 170|Reply: 1
|
Aktres bebas penjara 3 tahun
[Copy link]
|
|
MUMBAI: Aktres filem Kannada, India, Maria Monica Susairaj dibebaskan dari penjara wanita Byculla kelmarin, sehari selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun di atas kesalahan memusnahkan bukti dalam kes pembunuhan sensasi Neeraj Grover.\rAkhbar Gulfnews melaporkan Maria sudah ditahan lebih tiga tahun di penjara Byculla, sejak diberkas bersama tunangnya, Emile Jerome Mathew, yang berkait dengan pembunuhan eksekutif televisyen Neeraj Grover pada 7 Mei 2008.\r\n\n\n\n\r Wanita yang berusia 30 tahun itu dibebaskan dari penjara petang Jumaat, bagaimanapun beliau tidak dibenarkan keluar serta merta berikutan peguamnya Sharif Shaikh tidak sempat memenuhi beberapa formaliti seperti bayaran denda sebanyak Rs50,000 (RM3,373). \r\r\n\n\n\n\n Maria memakai kurta perang dan seluar hitam, dikawal masuk ke kereta oleh sekumpulan polis ketika pembebasannya dari penjara Byculla pagi kelmarin yang turut dipenuhi wartawan yang menunggu pembebasannya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
takde gmbo ke...tak kenal la |
|
|
|
|
|
|
| |
|