View: 149|Reply: 0
|
Rokok 'makanan' rakyat miskin
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Ketika kerajaan Indonesia bertungkus-lumus menangani masalah kemiskinan dan kesihatan yang semakin meruncing di negara itu, satu kajian terbaru mendapati perbelanjaan membeli rokok adalah yang kedua tertinggi di kalangan penduduk negara itu selepas beras.\rKetua Agensi Statistik Pusat (BPS), Rusman Heriawan, berkata kajian dijalankan pihaknya mendapati, penduduk miskin bandar menghabiskan 25.44 peratus pendapatan mereka membeli beras manakala penduduk miskin luar bandar membelanjakan 32.81 peratus. Manakala penduduk bandar menghabiskan 7.7 peratus wang membeli rokok, warga luar bandar pula membelanjakan 6.3 peratus.\r\n\n\n\n\r“Penemuan kajian ini mengecewakan. Perbelanjaan membeli rokok dan tembakau kedua tertinggi. Rokok bukan makanan berkhasiat,” kata Rusman.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, lebih menyedihkan sebilangan keluarga lebih mengutamakan membeli tembakau berbanding menghantar anak ke sekolah.\r“Ia satu-satunya cara mereka bergembira dan melupakan tekanan hidup. Penduduk miskin mempunyai banyak masa terluang, mereka bersembang untuk menghabiskan masa dan merokok sebahagian daripada tabiat diamalkan,” kata dekan jabatan Sosial dan Sains Politik Universiti Indonesia, Bambang Shergy Laksmono.\rBeliau berkata, perbuatan itu juga cara melarikan diri daripada kenyataan namun menjadikan mereka bertambah miskin. \rPakar sosiologi dari Institut Sains Indonesia, Henny Warsilah menyalahkan kerajaan berikutan fenomena yang berlaku.\r\n\n\n\n\r“Penduduk diberi laluan menghisap rokok dengan lambakan iklan rokok yang disiarkan secara besar-besaran melalui media massa tetapi tiada iklan larangan merokok yang berkesan. Kanak-kanak mula merokok sejak di tadika, sesuatu yang tidak kita lihat di negara lain,” katanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|