CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Homoseks penyakit luar biasa Barat

[Copy link]
Post time 6-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Dakwaan Menteri Kesihatan  cetus kemarahan aktivis hak gay\rNEW DELHI: Menteri Kesihatan India, Ghulam Nabi Azad, menyifatkan homoseksual sebagai satu \'penyakit\' luar biasa dari Barat sekali gus mencetuskan kemarahan aktivis yang menganggap komen itu menjejaskan kempen negara itu bagi hak gay dan tentangan mereka terhadap HIV.\r\n\n\n\n\rKomen Azad pada satu persidangan mengenai HIV/Aids kelmarin di ibu negara India itu mengingatkan semula kritikan biasa di negara konservatif itu bahawa homoseksual hasil import Barat.\r\r\n\n\n\n\n“Malangnya, penyakit ini datang ke negara kita juga iaitu seorang lelaki menjalinkan hubungan seks dengan lelaki lain yang sama sekali bukan semula jadi dan tidak sepatutnya berlaku tetapi ia berlaku,” kata Azad.\rKomen itu  dikesali Anjali Gopalan yang mengetuai NAZ Foundation, sebuah kumpulan hak asasi yang membantu golongan positif HIV dan mengamalkan persamaan hak asasi bagi homoseksual.\rKatanya, komen Azad sebagai menteri kesihatan memberi masalah dalam usaha negara itu menangani jangkitan HIV.\r“Komen ini tidak membantu. Ia pasti tidak akan membantu usaha kita menentang HIV,” katanya lagi.\r\n\n\n\n\rSecara purata 2.5 juta penduduk India mempunyai HIV menjadikan negara itu mempunyai bilangan penduduk paling tinggi menghidap virus berkenaan di Asia.\rPakar berkata, pertambahan penduduk gay di India menyukarkan usaha menentang penyakit itu.\r“Jika anda tidak cuba mengukuhkan dan membangunkan masyarakat, penduduk gay akan terus menjadi bertambah,” katanya.\rPada 2009, Mahkamah Tinggi Delhi membatalkan undang-undang era penjajah – Seksyen 377 Kanun Keseksaan India – yang menyebut menjalin hubungan seks sesama jantina boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033583 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list