CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Mesti tonton: Mencari cinta sempurna

[Copy link]
Post time 9-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Forever filem kos rendah menghiburkan, berbaloiPASTINYA setiap manusia mengimpikan sebuah majlis perkahwinan sempurna, sekali gus memiliki kehidupan indah bersama si dia tercinta. Namun dalam perjalanan mencari jodoh, ada yang tersungkur. Begitulah isu dikupas menerusi filem Forever, judul dari negara seberang, Singapura. \rMemilih Malaysia sebagai antara lokasi mempromosikan filem itu, pengarah dan penulis skrip, Wee Li Lin, hadir ke majlis sidang medianya di Golden Screen Cinemas, Mid Valley, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r     Menurut sutradara muda ini, ciri budaya dan cara hidup hampir sama antara penduduk Malaysia dan Singapura akan menyenangkan penonton untuk memahami plot cerita yang dipaparkan di dalam filem bergenre komedi romantik ini.\r\r\n\n\n\n\n    \"Filem ini memaparkan kisah wanita yang begitu teruja mencari cinta dan calon suami dalam membina perkahwinan sempurna. Sering menjadi pengapit sejak berusia lapan tahun lagi, gadis itu mengimpikan perkahwinan yang indah bersama cinta sejatinya. Serba sedikit idea ini dipengaruhi dari dua filem kegemaran saya iaitu Muriel’s Wedding, yang diarahkan J Hogan pada 1994 dan The Story of Adele H (Francois Truffaut, 1975).\r\"Beberapa tahun lalu, saya ditugaskan membuat filem pendek untuk kerajaan Singapura, menceritakan bagaimana untuk mengekalkan sesebuah perkahwinan dan ia ditayangkan di Pusat Pendaftaran Perkahwinan. Filem itu mendapat sambutan baik dan kerap di ulang tayang.\r\"Daripada pembikinan filem pendek itu lahirnya inspirasi untuk mewujudkan karakter Joey, watak utama dalam filem Forever. Joey, kaunselor di sebuah institusi perkahwinan. Namun, diri sendiri tidak mampu mencapai impian untuk melangsungkan perkahwinan kerana dirinya yang begitu taksub dalam menyiasat latar belakang beberapa lelaki untuk dijadikan suami yang sempurna,\" katanya.\rSementara itu, mesej utama yang ingin disampaikan melalui filem ini ialah setiap individu mempunyai hak untuk bercinta, dan jangan sesekali mempunyai sikap cepat putus asa. \r\n\n\n\n\rSecara ringkasnya, filem ini berkisarkan mengenai seorang wanita, Joey, mencari lelaki idamannya untuk dijadikan sebagai suami. Kerjanya sebagai penasihat video di sebuah agensi perkahwinan, menemukan dirinya dengan seorang guru muzik, Gin, lakonan Mo Tzu Yi.\rNamun, nasib baik tidak menyebelahi dirinya kerana Gin ialah tunangan orang. Dalam usaha untuk merealisasikan impiannya dan meraih cinta jejaka milik Cecilia (Sarah Ng Li-Wen), pelbagai aksi kelakar dan mencuit hati yang dilakukan oleh Joey. \rBahkan Joey, watak yang dibawa pelakon baru, Joanna Dong, ini juga mempunyai kebolehan menyanyi secara tidak langsung menggunakan bakatnya itu untuk menarik perhatian Gin. Bukan itu saja, filem ini juga bakal membuatkan penonton tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada Joey dan Gin pada penghujungnya.\rJalan cerita yang dihasilkan mungkin memerlukan penonton untuk berfikir, namun filem yang menggunakan kos yang rendah ini mampu menghiburkan hati segenap penonton kerana pelbagai elemen emosi yang dipaparkan di dalam filem berdurasi 90 minit ini. \rNantikan kemunculannya hanya di Golden Sreen Cinemas di pusat beli-belah Mid Valley, 1Utama dan Pavilion, mulai 14 Julai ini.\rFilem: Forever Genre: Komedi Romantik Pengarah: Wee Li Lin Pelakon: Mo Tzu Yi, Joanna Dong, Sarah Ng Li-Wen Tayangan: Mulai 14 Julai 2011

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.117894 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list