View: 112|Reply: 0
|
Ali Abdullah pulih, bidas pembangkang
[Copy link]
|
|
Presiden Yaman muncul depan TV dengan tangan berbalutSANAA: Presiden Yaman yang masih menjalani rawatan di Arab Saudi selepas cedera dalam serangan bom di istananya bulan lalu, kelihatan lemah dan kaku apabila tampil buat kali pertama sejak diterbangkan ke negara jiran itu, sekali gus menghentikan spekulasi mengenai tahap kesihatannya.\rPresiden Ali Abdullah Saleh yang dirawat di Riyadh sejak 3 Jun tampil dengan balutan yang menutup lengan dan tangannya serta wajahnya kelihatan lebih gelap dan kurus, membidas pembangkang yang mahu menggulingkannya.\r\n\n\n\n\rSaleh duduk kaku dengan kepalanya ditutup serban merah putih yang lazim digunakan orang Arab, berbeza dengan penampilan biasanya yang memakai sut dan mukanya dicukur bersih ketika membuat kenyataan direkodkan lebih awal dan disiarkan televisyen Yaman semalam.\r\r\n\n\n\n\nPemimpin itu berkata beliau menjalani lebih lapan pembedahan akibat terbakar ketika kejadian itu, tanpa memberitahu bila beliau akan kembali ke Yaman.\rPemimpin parti memerintah Yaman yang rapat dengan Saleh berkata ucapan ringkas presiden membantu untuk menjelaskan keadaan.\r“Penampilannya di televisyen menjelaskan banyak perkara kepada rakyat dan menutup banyak mulut dengan menunjukkan kesihatan presiden berada dalam keadaan baik,” kata ahli politik, Yasser Yemani.\rBagaimanapun, pemimpin pembangkang di ibu negara Sanaa, Mohammed al-Thahiri, berkata kerjaya Saleh sudah berakhir. \r“Ia jelas daripada cara penampilannya yang beliau tidak akan kembali. Lelaki ini tidak lagi mampu memerintah negara,” kata Mohammed. \rMemakai jubah putih dan duduk di kerusi, Saleh menuduh elemen pengganas melancarkan serangan 3 Jun. – AP/Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|