CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Identiti pegawai CIA bunuh Osama terbongkar

[Copy link]
Post time 10-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyiasat di internet kenal pasti lelaki berkenaan menerusi gambarLONDON: Identiti pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bertanggung-jawab memburu dan merancang operasi membunuh Osama bin Laden dikatakan terbongkar semata-mata lelaki berkenaan bergambar bersama Pegawai Tinggi Pentadbiran Obama dengan memakai tali leher kuning.\rPegawai yang dikenali dengan nama John bertugas sebagai penganalisis CIA yang tugasnya memburu ketua al-Qaeda itu.\r\n\n\n\n\rNama lengkap pegawai berkenaan dirahsiakan. Namun, akhbar Daily Mail melaporkan seorang penyiasat di internet yakin beliau berjaya mengenal pasti pegawai itu dari beberapa gambar diedarkan Rumah Putih, termasuk gambar pegawai kanan Amerika Syarikat menonton rakaman video serbuan komando tentera AS terhadap rumah persembunyian Osama.\r\r\n\n\n\n\nMinggu lalu, pegawai CIA memberitahu wartawan AP bahawa John berada di di bilik di mana pegawai kanan AS itu menonton rumah Osama di Pakistan.\rBagaimanapun, John tidak terlihat dalam gambar yang diedarkan ketika itu.\rPenyiasat internet John Young meneliti beberapa gambar diedarkan Rumah Putih dan dapat mengenal pasti seorang lelaki tinggi yang memakai tali leher kuning yang berdiri ketika pegawai kanan itu menonton rakaman video terbabit.\rYoung kemudian memeriksa gambar lain dan menemui lelaki yang memakai tali leher kuning itu.\rMenurut berita AP, dua hari selepas kematian Osama, John menemani pengarah CIA, Leon Panetta ke Capitol Hill untuk memberi keterangan di depan Jawatankuasa Risikan Senat mengenai operasi serbuan terbabit.\rYoung mencari sebuah foto ketika Panetta keluar dari pertemuan dengan Senat pada 3 Mei itu. Pada foto berkenaan terlihat jelas seorang lelaki yang menggunakan tali leher kuning.\rHampir semua yang terbabit dalam serbuan ke atas kediaman Osama dirahsiakan identiti mereka berikutan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.\rJohn orang pertama yang mengungkapkan bahawa CIA memiliki petunjuk untuk menjejak Osama.\rJohn memeriksa pelbagai petunjuk yang akhirnya mengenal pasti tempat persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan.\rBeliau antara orang yang memberi maklumat kepada Presiden Barack Obama bahawa Osama kemungkinan bersembunyi di tempat itu. CIA menyatakan mereka tidak mengizinkan John berbicara kepada wartawan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040254 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list